Chong Wei Dan Pandelela Dinobatkan Olahragawan, Olahragawati Kebangsaan 2011

Diterbitkan: Rabu, 18 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SERI KEMBANGAN: Datuk Lee Chong Wei dan Pandelela Rinong menjadi pilihan untuk merangkul gelaran Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan 2011 sekali gus mengetepikan saingan terdekat masing-masing pada majlis Anugerah Sukan Negara (ASN) 2011 yang berlangsung di Palace of the Golden Horses, malam Selasa.

Sepanjang tahun 2011, Chong Wei berjaya mengekalkan gelaran pemain nombor satu dunia selama 40 bulan, dari 2008 hingga Disember 2011 selain menjadi juara tujuh kejohanan antarabangsa, enam daripadanya kejohanan Siri Super dan Siri Super Premier.

Chong Wei yang juga Olahragawan 2005 dan 2008 mengetepikan pencabar terdekat Cheng Chu Sian (memanah) dan juga Bryan Nickson (terjun).

Sementara itu, trofi Olahragawati pula menjadi milik Pandelela selepas mengetepikan ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David, Nur Suryani Mohd Taibi (menembak) dan Fatehah Mustapa (berbasikal).

Kejayaan Pandelela tahun lalu dengan meraih pingat perak dalam acara 10m Platform individu di Siri Pertama Kejohanan Dunia di Rusia dan gangsa dalam acara sama pada Siri Kedua kejohanan yang sama di China melayakkan dia meraih gelaran utama ASN ini.

Chong Wei dan Pandelela masing-masing menerima habuan wang tunai bernilai RM20,000.

Dalam pada itu, Allahyarham Muhamad Salam Sidik dari acara memanah dinobatkan sebagai Olaragawan Paralimpik Kebangsaan, manakala atlet olahraga, Hemala Devi dipilih sebagai Olahragawati Paralimpik Kebangsaan dan masing-masing menerima wang tunai Rm10,000.

Bagi kategori berpasukan lelaki, atlet memanah yang terdiri daripada Chu Sian, Khairul Anuar Mohamad dan Haziq dipilih sebagai Pasukan Lelaki Kebangsaan, manakala terjun meraih Pasukan Wanita Kebangsaan terbaik.

Syed Mohd Hussain Syed Mazlan (berbasikal) dipilih sebagai Jurulatih Lelaki Kebangsaan dan Rosniza Abu Bakar menerima anugerah Jurulatih Wanita Kebangsaan. Kedua-dua jurulatih ini masing-masing menerima trofi dan wang tunai RM5,000.

Kategori Anugerah Kepimpinan Sukan diberikan kepada Datuk Kee Yong Wee yang merupakan antara nadi penting dalam sukan wushu negara.

Anugerah Khas pula diberikan kepada Shaharudin Jaafar yang telah memainkan peranan penting dalam dunia berbasikal negara, malah beliau juga merupakan bekas pemenang pingat gangsa acara berpasukan pada Sukan Asia 1963 dan turut tersenarai pada Sukan Olimpik di Tokyo (1964).

Beliau juga merupakan individu yang telah menubuhkan Persatuan Lumba Basikal bagi negeri Kedah, Johor, Negeri Sembilan, Kelantan, Pahang dan Perlis.

Selain itu, bagi Anugerah Tokoh Sukan, tidak ada pencalonan yang disenaraikan.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan