Rexy Letak Jawatan

Diterbitkan: Khamis, 12 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Rexy Mainaky disahkan meletak jawatan sebagai ketua jurulatih beregu wanita negara berkuat kuasa hujung bulan ini.

Setiausaha Kehormatan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Ng Chin Chai berkata, pihaknya telah menerima surat peletakan jawatan Rexy bulan lalu.

"Kami telah menerima surat daripada Rexy dan setelah berbincang dengan kedua pihak bersetuju dengan keputusan itu.

"Khidmatnya akan tamat pada bulan ini. Rexy telah melakukan tugas yang baik sepanjang tujuh tahun bersama BAM.

"Pihak kami akan terus memberi sokongan kepadanya selepas ini," jelas Chin Chai kepada media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Program Sukan Badminton, Khamis.

Sementara itu, Rexy yang turut hadir pada sidang media tersebut berkata, keputusan meletak jawatan ini dibuat kerana dia ingin mencuba cabaran baru.

"Sepanjang tujuh tahun bersama BAM, saya gembira dengan layanan mereka, tetapi tugas saya bersama pemain akan berakhir bulan ini.

"Tidak ada apa-apa sebab, cuma saya ingin nencuba cabaran baru dalam karier ini.

"Saya telah menerima tawaran dari Filipina, Rusia, Indonesia serta England," katanya.

Rexy yang pernah menjulang nama beregu utama negara, Koo Kien Keat/ Tan Boon Heong ke persada dunia, sebelum ditukar menjadi jurulatih beregu wanita mengakui Filipina mampu mencapai keinginannya.

"Saya ingin sesuatu yang baru. Bukan kerana tawaran lumayan saya memilih Filipina tetapi cabaran di sana sesuai dengan apa yang saya hendaki.

"Malaysia jauh lebih baik berbanding Filipina. Mereka hanya mempunyai 20 orang pemain sahaja.

"Jadi di sana nanti tugas saya bukan hanya tertumpu kepada jurulatihan, tetapi saya juga akan mencari pemain-pemain-pemain baru, merancang program latihan, kejohanan dan sebagainya.

"Lebih tepat lagi saya dianggap sebagai Pengarah Kejurulatihan sukan badminton di sana," jelasnya.

Bekas beregu juara dunia ini mengakui turut berasa sedih untuk meninggalkan Malaysia.

"Isteri dan anak-anak saya sudah biasa di sini, sudah tentu mereka sedih untuk berpindah ke tempat lain.

"Tetapi mereka tetap menyokong apa jua keputusan ini," katanya.

Rexy dijangka memulakan cabaran barunya di Filipina awal Mei nanti.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan