Piala Axiata: Malaysia Leopards Tumpas 3-0 Kepada Indonesia Rajawali

Diterbitkan: Sabtu, 31 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Skuad badminton Malaysia Leopards seperti diduga gagal menandingi Indonesia Rajawali apabila kecundang 3-0 pada saingan pertama suku akhir Kejohanan Piala Axiata di Stadium Badminton Cheras, di sini, Sabtu.

Indonesia Rajawali mengutip mata pertama menerusi pemain ranking ke-16 dunia, Tommy Sugiarto yang mengalahkan Misbun Ramdan Misbun 21-17, 21-16.

Beregu pelapis Indonesia, Alvent Yulianto Chandra/Hendra Aprida Gunawan menyusul selepas itu untuk menambah mata kedua dengan mengatasi gandingan Teo Ee Yi/Nelson Heg Wei Keat 21-15, 22-20.

Impian negara untuk memperoleh sekurang-kurang satu mata tidak kesampaian apabila perseorangan kedua Leopards, Zulfadli Zulkifli kalah kepada Dynosius Hayum Rumbaka 11-21, 5-21.

Kekalahan skuad pelapis kebangsaan itu bagaimanapun tidak merisaukan jurulatih negara Hendrawan.

Beliau berkata skuad itu telah mencapai sasarannya untuk mara ke separuh akhir kejohanan.

"Apa yang penting daripada Piala Axiata adalah pendedahan. Di atas kertas, kita memang tidak berpeluang untuk mengalahkan mereka.

"Harap pemain muda kita boleh belajar daripada pengalaman ini," katanya selepas perlawanan itu.

Esok, Malaysia Leopards akan menentang Rajawali sekali lagi dalam aksi timbal balik separuh akhir di Britama Arena Sports Mall, Jakarta manakala Malaysia Tigers dan Indonesia Garuda akan berentap di Stadium Badminton Cheras di sini.

Tigers turut tunduk pada Garuda 2-1 dalam pusingan separuh akhir pertama di Jakarta pada Jumaat.-BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan