Nicol Lakar Hatrik, Raih Gelaran Kelapan Terbuka KL

Diterbitkan: Sabtu, 31 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Nicol meraih gelaran juara lapan kali  Kejohanan Skuasy Terbuka KL CIMB. Foto: S.S.KANESAN/THE STAR
Nicol meraih gelaran juara lapan kali Kejohanan Skuasy Terbuka KL CIMB. Foto: S.S.KANESAN/THE STAR

KUALA LUMPUR: Ratu skuasy negara dan pemain nombor satu dunia Datuk Nicol David membuktikan kejaguhannya di hadapan peminat tempatan apabila merangkul Kejohanan Terbuka KL CIMB Nicol David buat kali kelapan di sini, Sabtu.

Nicol, pemain pilihan utama dalam kejohanan yang baru dikitraf oleh Persatuan Skuasy Wanita (WSA) itu, mengetepikan pemain nombor satu Hong Kong, Annie Au 11-4, 12-10, 11-9 dalam masa 36 minit pada perlawanan akhir.

"Menjuarai gelaran ini buat kali kelapan begitu menakjubkan tetapi memenangi kejohanan menggunakan nama sendiri buat pertama kali amat berharga dan istimewa.

"Selepas perlawanan, saya rasa emosi, " kata Nicol selepas saingan di Berjaya Times Square di sini.

Tahun ini, Kumpulan CIMB selaku penaja utama, mengubah nama kejohanan itu sempena nama Nicol David sebagai menghargai sumbangan ratu skuasy itu kepada negara.

Nicol pernah menjuarai kejohanan itu pada 2000, 2002, 2005, 2007, 2008, 2010 dan 2011.

Anak kelahiran Pulau Pinang itu membawa pulang hadiah wang tunai US$11,400 (RM34,906) serta piala manakala Annie menerima US$7,800 (RM23,883).

Selepas kejayaan di sini, Nicol akan menyertai Kejohanan Terbuka British dari 13 hingga 20 Mei ini dan tidak akan beraksi pada Kejohanan Berpasukan Asia yang dijadual dari 1 hingga 5 Mei di Kuwait.

"Tahun ini, kejohanan Asia terlalu dekat dengan Terbuka British dan malangnya saya terpaksa berundur kali ini. Saya yakin skuad Malaysia cukup mantap untuk memberi saingan kepada pasukan lain," katanya.

Sementara itu, pada aksi final lelaki, Omar Mossad dari Mesir mengalahkan Adrian Grant dari England 11-6, 12-10, 14-12, 11-6 dan 11-8 dalam tempoh 112 minit untuk meraih gelaran sulung dan kemenangan kedua tahun ini.

"Perlawanan ini memang sengit sekali mulai dari awal lagi. Ia sungguh memenatkan tetapi saya bangga dengan keadaan fizikal yang baik," kata Omar.

Beliau menerima hadiah wang tunai US$8,075 (RM24,725) serta piala manakala Grant, selaku naib juara, membawa pulang US$5,525 (RM16,917).- BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan