Nicol Kalahkan Raneem, Mara Ke Peringkat Akhir

Diterbitkan: Sabtu, 31 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ratu skuasy Malaysia dan pemain nombor satu dunia, Datuk Nicol Ann David menewaskan pemain nombor lima dunia, Raneem El Weleily dari Mesir buat kali ke 10 untuk mara ke perlawanan akhir kejohanan skuasy terbuka KL di pusat beli-belah Berjaya Times Square di sini malam Jumaat.

Pemain berusia 28 tahun itu mempersembahkan prestasi bertaraf dunia bermain secara penuh dramatik mengambil masa hanya 49 minit menundukkan lawannya dengan mata 15-13, 12-14, 11-6 dan 11-7.

Sekali pun tewas dalam set kedua kepada Raneem, Nicol bangkit menguasai keadaan mengalahkan lawannya itu bagi kedua-dua set kemudian untuk mara ke peringkat akhir.

"Saingan dalam pertarungan pertama adalah sengit dan ianya begitu rapat. Saya rasa tidak begitu pasti dengan pukulan. Malah dalam 'game' kedua pun sangat hampir. Dalam ketiga dan keempat dia (Raneem) bermain perlahan sedikit.

"Saya mendapat lebih ketenangan dan dia pula membuat beberapa kesilapan di samping turut perlahan. Dia melakukan kesilapan dengan demikian saya dapat mendahuluinya," kata Nicol yang memburu kejuaraan kali kelapannya dalam kejohanan terbuka KL itu. Bintang skuasy Malysia itu akan berdepan dengan pemain wanita teratas di Hong Kong, Annie Au dalam perlawanan akhir.

"Yang pastinya pemain Hong Kong ini tentunya begitu bertenaga sekali dalam laluannya untuk sampai ke peringkat akhir. Saya akan bermain bersungguh-sungguh esok (Sabtu)," kata Nicol.

Kali terakhir mereka berentap ialah di peringkat suku akhir dalam 'Cleveland Racquet Classic' pada 30 Jan lalu, di mana Nicol menang 3-0.

Terdahulu, Annie menempah tempat ke peringkat akhir Terbuka KL dengan mengalahkan Nour El Sherbini dari Mesir, 9-11, 11-9, 11-8 dan 11-8 yang memakan masa 43 minit.

"Saya agak gugup bermain hari ini kerana ia adalah kali pertama berdepan dengan Sherbini. Saya tidak tahu cara permainannya dan perlu mengikut rentaknya. Kedua-dua kami agak kepenatan dalam pertarungan hebat semalam (Khamis).

"Gembira dapat masuk ke perlawanan akhir dan tidak menduga boleh bermain di perlawanan akhir. Perlawanan akhir esok (Sabtu) agak lasak kerana saya keletihan tetapi akan buat yang terbaik. Diharap tidak banyak buat kesilapan," kata Annie yang merupakan pemain no 10 di dunia. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan