UMT Bekerjasama Dengan KPT Anjur Kejohanan Skuasy Universiti Dunia 2016

Diterbitkan: Selasa, 27 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Universiti Malaysia Terengganu (UMT) akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi memastikan hasrat institusi itu untuk menganjurkan Kejohanan Skuasy Universiti Dunia pada 2016 terlaksana.

Naib Caunselor UMT Prof Datuk Dr Aziz Deraman berkata buat permulaan, pihaknya akan cuba mendapatkan dana daripada KPT untuk menaik taraf dua buah gelanggang skuasy sedia ada bernilai hampir RM1 juta di kampusnya di Kuala Terengganu.

"Kita telah dipilih oleh KPT untuk menjadi Pusat Sukan Tumpuan (PST) skuasy, jadi kita buat perancangan dengan jelas termasuk mendapatkan dana tambahan daripada KPT untuk menaik taraf kemudahan skuasy untuk memastikan kita berjaya menganjurkan kejohanan berkenaan.

"Selain itu, kita juga berharap KPT dapat memberikan dana untuk memperbanyakkan lagi gelanggang skuasy moden berbentuk kaca seperti yang ada di beberapa negara," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelantikan ratu skuasy negara Datuk Nicol Ann David selaku ikon skuasy Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di sini, hari ini.

Dr Aziz turut berharap kejohanan yang bakal diadakan di kampusnya di Kuala Terengganu itu dapat dijadikan sebagai medan untuk melahirkan bakat-bakat baru dalam menggantikan pemain sedia ada seperti Nicol David.

"Kita berharap melalui kejohanan yang kita rancang ini mampu menghasilkan kelahiran muka-muka baru dalam sukan skuasy di negara ini...mungkin untuk 10 atau 15 tahun akan datang," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KPT Datuk Omar Abdul Rahman berkata pihaknya bersedia menghulurkan bantuan yang bersesuaian untuk IPT awam ataupun swasta yang berminat memajukan sukan skuasy di negara ini.

"Dari segi kemudahan, kita di IPT memang memberi sokongan untuk membangunkan kemudahan sukan termasuk skuasy di negara kita.

"Oleh kerana Terengganu dipilih sebagai pusat tumpuan skuasy, kita akan melihat apa bantuan yang boleh kita sumbangkan untuk sama-sama menyokong pembangunan sukan skuasy di negara ini," katanya.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan