Mohd Arif Mahu Lupakan Kontroversi, Fokus Piala Axiata

Diterbitkan: Khamis, 22 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mohd Arif Abdul Latif mahu melupakan segala kontroversi dan kini fokus untuk memberi persembahan terbaik pada pusingan round robin Piala Axiata bermula Jumaat hingga Ahad ini di Stadium Badminton Cheras, di sini.

Pemain perseorangan negara berusia 23 tahun itu berkata beliau telah bersedia malah berasa lebih yakin dalam menghadapi kejohanan berpasukan Asia Tenggara yang julung kali diadakan itu.

"Persiapan untuk waktu ini bagus, saya lebih yakin. Jurulatih juga telah melatih saya untuk berasa lebih yakin," katanya kepada Bernama di sini, Rabu.

Baru-baru ini, Mohd Arif, menerusi media massa, melahirkan rasa kekecewaannya berikutan tidak disenaraikan dalam pusingan kelayakan All England dan Terbuka Switzerland, meskipun beliau menduduki ranking lebih baik daripada pemain yang dipilih oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Beliau, bagaimanapun, tidak mahu lagi memanjangkan isu tersebut.

"Buat masa ini saya nak lupakan benda-benda yang lepas dan sekarang mereka (BAM) pun akan hantar saya ke Terbuka Australia dan saya kena buktikan pada mereka yang saya boleh beri persembahan terbaik di sana untuk disenaraikan pada pusingan akhir Piala Thomas Mei ini," katanya.

Sebelum ke Australia awal bulan depan, anak muda kelahiran Negeri Sembilan itu akan beraksi pada Piala Axiata bersama pasukan Malaysia Tiger yang turut dibarisi pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei, Muhammad Hafiz Hashim, Liew Daren, serta beregu Koo Kien Keat/Tan Boon Heong dan Goh V Shem/Lim Kim Wah.

Beliau yang difahamkan akan diturunkan ketika menentang Filipina, mengaku tidak pernah bertemu lawannya iaitu perseorangan ketiga negara itu.

Satu lagi pasukan negara Malaysia Leopard, yang dianggotai perseorangan Zulfadli Zulkifli, Iskandar Zulkarnain, Misbun Ramdan Misbun, beregu Ow Yao Han/Chooi Kah Ming dan beregu Teo Ee Yi/Nelson Heg Wei Keat, akan bermain dalam Kumpulan J bersama pasukan Garuda dari Indonesia, Singapura dan Vietnam. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan