Chong Wei Perlu Terus Jalani Latihan Ringan Untuk Kekal Stamina: ISN

Diterbitkan: Khamis, 22 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei, yang dalam proses memulih kecederaan di bahu kanannya, perlu terus menjalani latihan ringan untuk mengekalkan stamina, kemahiran dan kekuatan tangannya.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN) Datuk Dr Ramlan Abd Aziz berkata tanpa latihan ringan seperti berjoging, stamina pemain itu mungkin menurun sebanyak 40 peratus dalam tempoh pemulihan selama lima minggu.

"Proses pemulihan Chong Wei kini memasuki minggu kedua sejak mengalami kecederaan di kejohanan All England. Pemulihan ini dijangka mengambil masa lima minggu," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Dr Ramlan berkata pemeriksaan ujian Magnetik Resonance Imaging (MRI) yang dijalani Chong Wei dua hari lepas mendapati ia tidak melibatkan kecederaan struktur.

"Oleh itu, Chong Wei tidak memerlukan rawatan khas atau pembedahan," katanya.

Jurulatih Chong Wei, Tey Seu Bock pula berkata pemain itu kini melakukan latihan ringan di gimnasium dan berjoging.

"Keputusan sama ada beliau diturunkan pada pusingan kedua Piala Axiata hujung minggu depan dan beraksi di kejohanan lain adalah keputusan bersama antara ISN, Chong Wei dan pasukan.

"Jika diikutkan, Chong Wei memang bersemangat untuk membantu rakan sepasukan yang akan memulakan saingan pusingan awal Piala Axiata esok tetapi beliau perlu menurut nasihat ISN jika tidak mahu kecederaan berulang," katanya.

Tey berkata sebaik mendapat pengesahan ISN mengenai tahap pulihnya, Chong Wei memerlukan perlawanan kompetitif dengan pemain utama dunia dalam misi mencari emas pertama Malaysia dalam Sukan Olimpik di London pada Julai ini.

"Rehat yang terlalu lama juga tidak baik bagi Chong Wei terutamanya bagi menghadapi Olimpik. Beliau perlu sentiasa peka terhadap sebarang perubahan corak permainan lawan," katanya.

Antara kejohanan yang menanti Chong Wei ialah mempertahankan gelaran juara Terbuka India (24-29 April), Grand Prix Terbuka Malaysia (1-6 Mei), Piala Thomas (20-29 Mei), Terbuka Indonesia (12-17 Jun) sebelum beraksi di Olimpik London (27 Julai-12 Ogos).-BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan