Chong Wei Sertai Piala Axiata - BAM

Diterbitkan: Isnin, 19 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tidak bercadang mengeluarkan jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei daripada senarai peserta Piala Axiata, meskipun beliau mengalami kecederaan bahu.

Pengurus Besar BAM Kenny Goh berkata pemeriksaan awal menunjukkan kecederaannya tidak serius dan Chong Wei dilihat mampu beraksi untuk pasukan negara dalam pusingan "round robin" bermula Jumaat hingga Ahad ini di Stadium Badminton Cheras di sini.

"Difahamkan, ia bukan kecederaan yang serius, hanya sakit saja. Bagaimanapun, kita akan tunggu laporan penuh daripada pakar," katanya kepada Bernama di sini, Isnin.

Chong Wei mengalami kecederaan bahu yang mengakibatkan beliau terpaksa menarik diri pada perlawanan akhir bertemu pemain China, Lin Dan di Kejohanan All England baru-baru ini.

Ketua Pengarah Institut Sukan Negara (ISN) Datuk Dr Ramlan Aziz berkata kecederaan itu mengambil masa tiga hingga lima minggu untuk sembuh.

Chong Wei juga akan menjalani pemeriksaan lanjut iaitu imbasan ultrasound di ISN dalam masa terdekat ini.

Sementara itu, Goh berkata kesediaan seorang lagi pemain badminton negara Muhammad Hafiz Hashim untuk menggantikan Chong Wei sebagai perseorangan pertama disifatkan sebagai hasrat yang baik.

"Baguslah. Ini kejohanan berpasukan. Kita perlukan beberapa orang, bukan seorang saja untuk menang," katanya.

Muhammad Hafiz dilaporkan akhbar sebagai berkata beliau sedia menggantikan Chong Wei sekiranya pemain itu dinasihatkan berehat.

Pemain badminton Malaysia dibahagi kepada dua pasukan iaitu Malaysia Tiger dan Malaysia Leopard untuk menggalas cabaran negara dalam kejohanan badminton membabitkan negara-negara Asia Tenggara itu.

Malaysia Tiger yang dibarisi Chong Wei, Muhammad Hafiz Hashim, Liew Daren, Muhammad Arif Abdul Latif serta beregu Koo Kien Keat/Tan Boon Heong dan Goh V Shem/Lim Kim Wah diundi dalam Kumpulan K bersama pasukan Thailand, Filipina dan Rajawali dari Indonesia.

Pasukan Malaysia Leopard yang terdiri daripada Zulfadli Zulkifli, Iskandar Zulkarnain, Misbun Ramdan Misbun, beregu Ow Yao Han/Chooi Kah Ming dan beregu Teo Ee Yi/Nelson Heg Wei Keat, akan bermain dalam Kumpulan J bersama Singapura, Vietnam dan pasukan Garuda dari Indonesia.

Kejohanan berpasukan julung kali dianjurkan itu menawarkan hadiah wang tunai US$1 juta (1US$=RM3.00900).

Ia akan diadakan di dua venue di sini dan di Gelanggang Tenis Tertutup Senayan dan Kelapa Gading Sports Mall, Jakarta, Indonesia. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan