Kejayaan Raih Dua Emas Di Luar Jangkaan - Sharon Koh

Diterbitkan: Jumaat, 16 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pemain elit wanita kebangsaan Sharon Koh menyifatkan kejayaan beliau meraih dua pingat emas pada Kejohanan Boling Antara Negeri ke-25 sebagai sesuatu yang di luar jangkaan.

Pelajar tahun kedua jurusan Pembangunan Sumber Manusia berusia 25 tahun itu membuktikan keunggulan apabila memenangi dua pingat emas dalam acara Wanita Keseluruhan dan Wanita Berpasukan pada kejohanan yang berlangsung di Sunway Megalanes.

Beliau turut meraih satu pingat perak dalam acara Beregu Wanita dan satu pingat gangsa bagi acara Wanita Individu.

"Pada mulanya, saya tidak yakin untuk memenangi kategori Wanita Keseluruhan disebabkan saingan sengit yang diberikan oleh seorang lagi pemain elit negara, Esther Cheah (dari Pulau Pinang) yang mendahului saya sejak awal kejohanan bermula.

"Bagaimanapun, jurulatih pasukan (Steven Teng) memberikan kata-kata perangsang kepada saya untuk memberikan persembahan terbaik pada hari terakhir ini, dan saya bangga dapat melakukannya," katanya.

Sharon berkata beliau dan skuad boling elit negara akan berlepas ke Perancis pada 20 Mac ini untuk menyertai Kejohanan Cabaran Eropah Brunswick 2012 yang dijadual berlangsung pada hujung bulan ini.

"Kalau boleh saya ingin memenangi pingat emas pada penyertaan kedua kali ini, kerana sebelum ini, pada 2006, saya gagal melangkah ke peringkat akhir kejohanan tersebut," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan