55 Pemain Sertai Kejohanan Tenis remaja Asia Di Pulau Pinang

Diterbitkan: Selasa, 13 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Seramai 55 pemain akan beraksi pada Kejohanan Tenis Remaja Asia edisi kedua selama lima hari bertempat di Kelab Sukan negeri mulai Selasa depan.

Pengarah kejohanan, Francis Su Kok Eng, berkata penganjur telah melakukan pemilihan ketat semasa acara saringan bagi memastikan hanya peserta yang dapat menampilkan permainan berkualiti beraksi pada kejohanan itu.

"Daripada beratus permohonan yang diterima, hanya 55 pemain itu sahaja yang menepati spesifikasi kelayakan.

"Seramai 16 peserta telah kita kenal pasti mempunyai kedudukan yang baik dalam Asian Tennis Federation (ATF) dan pada peringkat kebangsaan dan ia adalah satu perkembangan yang baik dalam arena sukan ini," katanya.

Antara negara yang telah mengesahkan penyertaan adalah Singapura, Filipina, India, Indonesia dan Taiwan, malah terdapat juga peserta dari Switzerland.

Ia melibatkan dua kategori, iaitu lelaki dan perempuan berumur 11 hingga 14 tahun.-BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan