All England: Chong Wei Gagal Pertahan Kejuaraan

Diterbitkan: Isnin, 12 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Chong Wei menerima rawatan ketika menentang Lin Dan pada aksi akhir All England, awal pagi Isnin.
Chong Wei menerima rawatan ketika menentang Lin Dan pada aksi akhir All England, awal pagi Isnin.

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan utama negara, Datuk Lee Chong Wei gagal mempertahankan kejuaraan All England apabila terpaksa menarik diri dari meneruskan set kedua perlawanan akhir perseorangan lelaki di National Indoor Arena, Birmingham awal pagi Isnin.

Pemain nombor satu dunia itu mengalami kecederaan di bahu kanannya ketika menentang musuh tradisinya dari China, Lin Dan pada kedudukan 2-6.

Walaupun agak terganggu dengan kesakitan di bahunya, Chong Wei tetap memberikan tentangan sengit sebelum memberi laluan kepada Lin Dan untuk memenangi set pertama 21-19.

Penonton yang berada di National Indoor Arena itu nyata tidak putus-putus memberi sokongan padu dan sorakan semangat kepada pemain negara itu sehingga Chong Wei terpaksa akur dengan kecederaan yang dialaminya.

"Saya rasa kami bermain baik dan dia (Chong Wei) juga bermain baik. Tetapi dia tidak mahu kecederannya menjejaskannya kerana saya tahu dia mahu bermain dan kami akan bertemu lagi di Sukan Olimpik," kata Lin Dan ketika ditemubual selepas perlawanan itu.

Lin Dan juga pernah menjuarai kejohanan All England sebanyak lima kali pada tahun 2004, 2006, 2007, 2009 dan terbaru tahun ini.

Beregu Korea Selatan, Jung Jae Sung/Lee Yong Dae terpaksa mengharungi pertarungan selama 66 minit sebelum berjaya menundukkan lawan mereka, pasangan nombor satu dunia dari China, Cai Yun/Fu Haifeng.

Dalam pertarungan sengit yang berlarutan hingga ke set penentuan lewat malam ini, Jung/Lee dipaksa bekerja keras sebelum dinobatkan juara All England apabila menewaskan Cai/Fu 23-21, 21-9 dan 21-14.

Dalam saingan perseorangan wanita pula, Li Xuerui dari China turut menjuarai kejohanan berprestij itu selepas menewaskan rakan sepasukannya Wang Yihan 21-13 dan 21-19.

Kategori beregu campuran pula menjadi milik pasangan dari Indonesia, Tontowi Ahmad/Liliyana Natsir selepas menundukkan lawan mereka dari Denmark, Laybourn Thomas/Kamilla Rytter Juhl, 21-17 dan 21-19.

China turut menggungguli acara beregu wanita apabila Tian Qing/Zhao Yunlei dari China dengan mudah mengenepikan rakan sepasukannya Wang Xiaoli/Yu Yang 21-17 dan 21-12.-BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan