Su-Wei Tempah Tiket Ke Final Selepas Tewaskan Daniilidou - Raket | mStar

Su-Wei Tempah Tiket Ke Final Selepas Tewaskan Daniilidou

Diterbitkan: Ahad, 4 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Aksi Su-Wei ketika menentang Daniilidou pada aksi separuh akhir, Sabtu.
Aksi Su-Wei ketika menentang Daniilidou pada aksi separuh akhir, Sabtu.

KUALA LUMPUR: Bintang tenis dari Taiwan, Hsieh Su-Wei menempah slot ke final selepas menewaskan Eleni Daniilidou dari Greece pada aksi separuh akhir Kejohanan Tenis Terbuka Malaysia BMW 2012 di Bukit Kiara Equestrian & Country Resort, Sabtu.

Perlawanan yang mengambil masa hampir lima jam selepas beberapa kali ditangguhkan kerana hujan menyaksikan Su-Wei menang 6-0, 4-6, 6-1.

Sebelum itu, rentak pemain berumur 26 tahun ini agak terganggu pada set kedua selepas ketinggalan dua mata, namun Su-Wei bangkit kembali pada set ketiga.

“Pada set kedua saya hilang tumpuan kerana terlalu memikirkan permainan. Namun apabila perlawanan dihentikan kerana hujan, saya kembali fokus.

"Dalam erti kata lain hujan telah menyelamatkan saya.

“Sudah tentu saya teruja dengan kemenangan ini kerana pertama kali beraksi dalam Siri WTA.

"Lebih gembira kerana dapat melepasi pusingan kelayakan sehinggalah tahap ini,” katanya selepas perlawanan.

Sementara itu, Su-Wei berkata dia bertuah kerana mara ke peringkat ini selepas mendapat kemenangan percuma pada aksi suku akhir selepas lawannya Radwanska Agnieszka menarik diri kerana kecederaan melibatkan saraf siku dan bahu pada Jumaat.

“Strategi saya pada aksi hari ini ialah dengan memberi tekanan kepada lawan yang kelihatan sudah penat,” katanya.

Mengenai lawan pada aksi final esok (Ahad), Su-Wei berkata, dia tidak terlalu tertekan kerana hanya berdepan dengan satu lawan sahaja.

Su-Wei bakal bertemu Petra Martic ataupun Jelena Jankovic.

Su-Wei yang dilatih bapanya, Hsieh Tze-Lung dan jurulatih baru dari Australia, Paul McNamee pernah menduduki ranking ke-78 dunia pada November 2008.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan