Martic Bekerja Keras Sebelum Mara Ke Separuh Akhir

Diterbitkan: Sabtu, 3 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Selepas hampir dua jam setengah bertarung, akhirnya pemain dari Crotia, Petra Martic berjaya melangkah kaki ke separuh akhir selepas menewaskan pemain dari China, Shuai Peng pada akhir suku akhir Kejohanan Tenis Terbuka Malaysia BMW di Bukit Kiara Equestrian & Country Resort, Jumaat.

Martic, pemain pilihan kelima kejohanan menewaskan Peng dengan keputusan 4-6,7-6,6-4.

Pada set pertama, permainan dikuasai Peng yang juga merupakan pemain pilihan ketiga, namun Martic bangkit pada set kedua dengan kemenangan tipis.

Manakala pada set ketiga turut mendebarkan penonton apabila kedua pemain masing-masing tidak mahu mengalah tetapi Martic yang kini berada di ranking ke-60 dunia berjaya menumpaskan Peng dengan kelebihan dua mata.

Kemenangan ini menyaksikan Martic bakal bertemu Ayumi Morita (Jepun) ataupun Jelena Jankovic pada aksi separuh akhir nanti.

Satu lagi perlawanan perlawanan suku akhir yang berlangsung, menyaksikan Hsieh Su-Wei (Taiwan) menang tanpa bertanding selepas lawannya, dari Poland, Radwanska Agnieszka yang juga pemain pilihan pertama kejohanan menarik diri kerana mengalami kecederaan di siku kanan.

Ini bermakna, Su-Wei bakal bertemu Eleni Daniilidou (Greece) ataupun Olivia Rogowska (Australia) pada aksi separuh akhir esok.

Sementara itu pada aksi suku akhir beregu, pasangan kembar dari Republik Czech, Karolina / Kristyna Pliskova mara ke pusingan separuh akhir dengan menewaskan pasangan dari China, Liu Wan-Ting/Xu Yi-Fan 7-5,6-3.

Karolina/Kristyna bakal menentang Chan Hao-Ching (Taiwan)/ Fujiwara Rika (Jepun) pada aksi separuh akhir nanti.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan