Kai-Chen/Chai-Jung Pasangan Pertama Mara Ke Final

Diterbitkan: Sabtu, 3 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kai-Chen/Chuang Chai-Jung (kanan)bersalaman dengan pemain Australia Casey dan Jarmila selepas tamat perlawanan separuh akhir,Sabtu.
Kai-Chen/Chuang Chai-Jung (kanan)bersalaman dengan pemain Australia Casey dan Jarmila selepas tamat perlawanan separuh akhir,Sabtu.

KUALA LUMPUR: Beregu Taiwan, Chang Kai-Chen/Chuang Chai-Jung mara ke pusingan akhir selepas menewaskan pasangan pilihan pertama dari Australia Dellacqua dan Jarmila Gajdosova pada aksi separuh akhir Kejohanan Tenis Terbuka Malaysia BMW 2012 di Bukit Kiara Equestrian & Country Resort, Sabtu.

Kai-Chen/Chai-Jung menang mudah 6-4,6-0 pada perlawanan yang kurang daripada sejam permainan.

“Kami tidak menjangkakan akan menang pada perlawanan ini kerana baru berganding bersama dalam empat perlawanan sahaja.

"Pun begitu ia sesuatu yang baik selepas menang ke atas pemain pilihan pertama.

“Pada perlawanan hari ini kami tidak terlalu memikirkan kedudukan lawan. Kami hanya mahu bermain dengan baik dan mara ke perlawanan akhir,” jelas Kai-Chen.

Pada aksi akhir nanti, Kai-Chen/Chai-Jung akan bertemu Chan Hao-Ching (Taiwan)/Rika Fujiwara (Jepun) ataupun pasangan kembar dari Republik Czech, Karolina Pliskova/Kristyna Pliskova.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan