Pemain Pilihan Kelapan Tersingkir Awal

Diterbitkan: Rabu, 29 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain pilihan kelapan Kejohanan Tenis Terbuka Malaysia BMW, Anne Keothavong dari Britain tewas straight set 4-6, 5-7 kepada pemain Taiwan, Hsieh Su-Wei pada aksi pusingan pertama di Bukit Kiara Equestrian & Country Resort, Selasa.

Su-Wei yang kini menduduki ranking 123 dunia menang 6-4 pada set pertama sebelum meneruskan rentak di set kedua dengan kemenangan 7-5 sekali gus membawanya ke pusingan kedua dan bakal bertemu dengan Casey Dellacqua (Australia).

Sebelum itu, Dellacqua menang bergaya menewaskan pemain dari Serbia, Bojana Jovanovski, 6-0,6-2.

"Saya kecewa dengan permainan hari ini dan gagal menunjukkan prestasi sebenar. Permainan sedikit tergangggu dengan keputusan pengadil ketika menghentikan perlawanan kerana faktor cuaca.

"Namun saya harap dapat memperbaiki prestasi pada saingan beregu selepas ini dan mara ke peringkat seterusnya," kata Keothavong yang menduduki ranking ke-79 dunia ini.

Sementara itu, pemain kelahiran Slovakia, Jarmila Gajdosova dipaksa bekerja keras sebelum menewaskan pemain dari Jerman, Kathrin Woerle 1-6,7-6,7-5.

Gajdosova yang mewakili Australia tewas pada set pertama, namun bangkit mengejar pada set kedua dan ketiga sekaligus mara ke pusingan kedua.

"Satu perlawanan yang panjang. Dia bermain dengan baik, namun saya telah cuba bangkit dan bersaing pada set kedua dan ketiga. Secara keseluruhan, ia adalah perlawanan yang hebat," katanya kepada media selepas perlawanan.

Pada aksi kedua nanti, Gajdosova bakal bertemu pemain Greece, Eleni Daniilidou yang telah menewaskan pemain dari India, Sania Mirza (6-2, 1-6, 6-4).

Keputusan pusingan pertama:

Jarmila Gajdosova (AUS) mn Kathrin Woerle (GER) 1-6, 7-6, 7-5

Casey Dellacqua (AUS) mn Bojana Jovanovski (SRB) 6-0,6-2

Jill Craybas (AS) mn Yurika Sema (JPN) 6-4, 1-6, 6-4

Hsieh Su-wei (TPE) mn Anne Keothavong (GBR) 6-4, 7-5

Jarmila Gajdosova (AUS) mn Kathrin Woerle (GER) 1-6, 7-6, 7-5

Eleni Daniilidou (GRE) mn Sania Mirza (IND) 6-2, 1-6, 6-4

Kristyna Pliskova (CZE) mn Iryna Bremond (FRA) 6-0, 6-2

Ayumi Morita (JPN) mn Nudnida Luangnam (THA) 6-4, 6-0

Karolina Pliskova (CZE) mn Chang Kai-Chen (TPE) 6-3,6-2

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan