Martic Mara Ke Pusingan Kedua Tewaskan Erika

Diterbitkan: Selasa, 28 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Erika tewas tipis kepada Martic pada pusingan pertama Terbuka Malaysia BMW, Isnin.
Erika tewas tipis kepada Martic pada pusingan pertama Terbuka Malaysia BMW, Isnin.

KUALA LUMPUR: Pemain tenis dari Croatia, Petra Martic mara ke pusingan kedua selepas menewaskan Erika Sema (Jepun) pada aksi pusingan pertama Kejohanan Tenis Terbuka Malaysia BMW, di Bukit Kiara Equestrian & Country Resort, Isnin.

Pemain pilihan kelima ini mengetepikan Erika dengan 4-6,6-4,7-5 pada perlawanan yang mengambil masa lebih kurang empat jam dan terpaksa ditangguhkan sebanyak tiga kali kerana hujan lebat.

“Ia satu perlawanan yang panjang, namun saya dapat melakukan dengan baik. Keadaan hujan menyebabkan beberapa kali permainan ditangguhkan dan ia sedikit mengganggu rentak permainan saya.

“Perlawanan pertama ini bukan mudah, lebih-lebih lagi ada ketinggalan mata. Namun saya yakin untuk terus mara,” kata pemain berusia 21 tahun ini kepada media selepas perlawanan.

Martic yang kini berada di ranking ke-60 dunia bakal bertemu Nara Kurumi (Jepun) atau Lertcheewakarn Nappawan (Thailand) pada pusingan seterusnya nanti.

Satu lagi perlawanan perseorangan menyaksikan Rogowska Olivia dari Australia menang mudah ke atas pemain Bulgaria, Kostova Elitsa , 6-4,6-0

Turut mara ialah Doi Misaki dari Jepun apabila menyaksikan permainan mantap setelah ketinggalan pada set pertama dengan 4-6 ketika menentang Olga Puchkova (Rusia).

Set kedua menyaksikan Misaki menguasai permainan, 6-1 dan pada set ketiga dia mengukuhkan lagi kemenangan 6-2.

Sementara itu bagi acara beregu, pasangan dari Australia Dellacqua dan Gajdodova Jarmila berjaya menundukkan pasangan dari Perancis dan China, Bremond Iryna/Zheng Saisai dengan catatan 6-1,3-6,1-0.

Tumpuan utama pada aksi pembukaan ini ialah kepada juara bertahan Jelena Dokic dari Australia yang turut mara ke pusingan kedua selepas menewaskan menewaskan Kristina Mladenovic dengan 6-3, 6-1.

Dokic, 28, yang kembali beraksi selepas berehat enam bulan berikutan kecederaan bahu, mempamerkan aksi menyakinkan bagi meraih kemenangan mudah ke atas pemain Perancis itu.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan