Shabery Minta BAM Beri Peluang Kepada Zulfadli Sertai Skuad Piala Thomas

Diterbitkan: Isnin, 27 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek meminta Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menyenaraikan juara badminton remaja dunia Zulfadli Zulkifli dalam skuad negara yang akan beraksi pada Kejohanan Piala Thomas di Wuhan, China, Mei ini.

Ahmad Shabery berkata adalah lebih baik untuk negara menghantar pemain muda dan berbakat ke kejohanan itu daripada menghantar pemain yang dijangka mengalami kekalahan.

"Jika Zulfadli tewas pun saya tidak anggap ia sebagai satu kekalahan yang mengecewakan sebaliknya sebagai satu 'kemenangan tertangguh' kerana percaya beliau mampu menebus kemenangan pada perlawanan edisi berikutnya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Anugerah Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM)-100Plus 2011 di sini, Ahad.

Pada majlis itu Zulfadli dinobat sebagai pemenang Anugerah Atlet Remaja Terbaik 2011. Beliau berharap BAM akan bersifat lebih terbuka dan menguna kebijaksanaan dalam memilih pemain selepas ini.

"Kita perlu memberi pendedahan awal kepada pemain muda yang berkebolehan seperti Zulfadli kerana ia adalah aset yang bakal memberi pulangan besar mengharumkan nama negara satu hari nanti," katanya.

Ahmad Shabery berkata negara memerlukan lebih ramai pemain yang berumur antara 16 dan 17 tahun.

Sementara itu, Zulfadli yang ditemui Bernama berkata beliau menaruh harapan tinggi agar BAM sudi mempertimbangkan peluang untuk beraksi di Kejohanan Piala Thomas di Wuhan, China.

"Keputusaan adalah di bawah kuasa BAM...terpulang untuk mereka membuat pilihan itu," katanya.

Zulfadli berkata jika diberi peluang untuk beraksi di kejohanan itu, beliau akan berusaha dengan bersungguh-sungguh dan akan melakukan aksi yang terbaik kerana adalah menjadi impiannya sejak dulu untuk beraksi di Kejohanan terbesar itu.

Ibu Zulfadli, Hanny Pranatyo berkata beliau amat berharap BAM memberi peluang kepada anaknya kerana sebagai seorang ibu, beliau ingin melihat impian anaknya tercapai.

"Saya yakin dengan kemampuan Zulfadli kerana beliau seorang yang bersungguh-sungguh dan tidak cepat putus asa," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan