Martic Mara Ke Pusingan Kedua Tewaskan Erika

Diterbitkan: Isnin, 27 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Erika tewas tipis kepada Martic pada pusingan pertama Terbuka Malaysia BMW, Isnin.
Erika tewas tipis kepada Martic pada pusingan pertama Terbuka Malaysia BMW, Isnin.

KUALA LUMPUR: Pemain tenis dari Croatia, Petra Martic mara ke pusingan kedua selepas menewaskan Erika Sema (Jepun) pada aksi pusingan pertama Kejohanan Tenis Terbuka Malaysia BMW, di Bukit Kiara Equestrian & Country Resort, Isnin.

Pemain pilihan kelima ini mengetepikan Erika dengan 4-6,6-4,7-5 pada perlawanan yang mengambil masa lebih kurang empat jam dan terpaksa ditangguhkan sebanyak tiga kali kerana hujan lebat.

“Ia satu perlawanan yang panjang, namun saya dapat melakukan dengan baik. Keadaan hujan menyebabkan beberapa kali permainan ditangguhkan dan ia sedikit mengganggu rentak permainan saya.

“Perlawanan pertama ini bukan mudah, lebih-lebih lagi ada ketinggalan mata. Namun saya yakin untuk terus mara,” kata pemain berusia 21 tahun ini kepada media selepas perlawanan.

Martic yang kini berada di ranking ke-60 dunia bakal bertemu Nara Kurumi (Jepun) atau Lertcheewakarn Nappawan (Thailand) pada pusingan seterusnya nanti.

Satu lagi perlawanan perseorangan menyaksikan Rogowska Olivia dari Australia menang mudah ke atas pemain Bulgaria, Kostova Elitsa , 6-4,6-0

Turut mara ialah Doi Misaki dari Jepun apabila menyaksikan permainan mantap setelah ketinggalan pada set pertama dengan 4-6 ketika menentang Olga Puchkova (Rusia).

Set kedua menyaksikan Misaki menguasai permainan, 6-1 dan pada set ketiga dia mengukuhkan lagi kemenangan 6-2.

Sementara itu bagi acara beregu, pasangan dari Australia Dellacqua dan Gajdodova Jarmila berjaya menundukkan pasangan dari Perancis dan China, Bremond Iryna/Zheng Saisai dengan catatan 6-1,3-6,1-0.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan