Kejohanan Tenis Terbuka Malaysia BMW: Juara Bertahan Sedia Berentap - Raket | mStar

Kejohanan Tenis Terbuka Malaysia BMW: Juara Bertahan Sedia Berentap

Diterbitkan: Ahad, 26 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Dokic (kiri) turut melakukan undian pemain bagi Kejohanan Tenis Terbuka Malaysia BMW sambil diperhatikan Penyelia Persekutuan Tenis Wanita (WTA), Pam Whytcross pada majlis undian Sabtu.
Dokic (kiri) turut melakukan undian pemain bagi Kejohanan Tenis Terbuka Malaysia BMW sambil diperhatikan Penyelia Persekutuan Tenis Wanita (WTA), Pam Whytcross pada majlis undian Sabtu.

KUALA LUMPUR: Juara bertahan, Jelena Dokic dari Australia yakin saingan Kejohanan Tenis Terbuka Malaysia BMW tahun ini lebih sengit berbanding tahun lalu.

Kejohanan edisi ketiga ini akan berlangsung pada 27 Februari hingga 4 Mac di Bukit Kiara Equestrian & Country Resort.

Pemain pilihan ketujuh berusia 28 tahun ini diundi akan bertemu dengan pemain Perancis, Kristina Mladenovic pada pusingan pertama.

“Undian dilihat agak sengit, namun saya positif untuk mengharungi perlawanan pertama ini.

"Saya telah bersedia sepenuhnya selepas berehat enam bulan kerana kecederaan di bahagian bahu, malah akan memberi fokus sepenuhnya,” katanya selepas majlis undian utama, Sabtu.

Selain Dokic, beberapa pemain terkenal dunia yang turut beraksi termasuk pemain nombor enam dunia, Agnieszka Radwanska dari Poland, bekas pemain nombor satu dunia Jelena Jankovic dari Serbia dan juara Asia, Peng Shuai dari China.

Pemain pilihan utama, Radwanska akan berdepan dengan Akgul Amanmuradova dari Uzbekistan, manakala Jankovic (pilihan kedua) akan bertemu Caroline Garcia dari Perancis dan Peng (pilihan ketiga) akan berdepan dengan pemain Austria, Yvonne Meusburger.

Selain itu bintang tenis Jepun, Ayumi Morita dan Sania Mirza dari India bakal memberi cabaran sengit bagi merebut hadiah keseluruhan bernilai USD220,000 (kira-kira RM690,172).

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan