All-England: Chong Wei Tetap Waspada Ancaman Pemain Lain

Diterbitkan: Sabtu, 25 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei tetap berwaspada dengan ancaman pemain lain pada kejohanan badminton All-England pada Mac ini walaupun berpeluang cerah untuk meraih kejuaraan buat kali ketiga berturut-turut.

Beliau yang juga juara bertahan kejohanan sejak 2010 berdepan laluan selesa untuk mempertahankan kejuaraan berdasarkan undian pada 21 Feb lepas yang menyaksikan beliau bertemu dengan lawan yang agak mudah termasuk pemain Indonesia, Simon Santoso.

"Bagi saya ialah kebangkitan pemain junior seperti Wang Zhengming dari China yang mungkin boleh memberi ancaman kepada saya nanti," katanya ketika ditemui pemberita selepas sesi latihan skuad negara di Stadium Juara, Bukit Kiara, Jumaat.

Sementara itu, ketua jurulatih perseorangan negara Rashid Sidek mengingatkan Chong Wei untuk tidak mengambil mudah lawan yang bakal ditemui beliau pada kejohanan tahunan tersebut.

"Jangan ambil mudah dengan lawan yang beliau bakal hadapi termasuk pemain senior Denmark Peter Hoeg Gade dan dari segi persiapan beliau, saya amat berpuas hati," katanya.

Rashid berkata beliau bersama beberapa jurulatih lain akan menggunakan masa seminggu sebelum kejohanan bermula untuk menyusun strategi baru bagi memantapkan skil permainan skuad badminton negara.

"Kita akan cuba memperbaiki apa sahaja kelemahan pemain kita pada waktu lepas selain memperkuatkan mental pemain itu sendiri," katanya.

Skuad negara dijangka berlepas ke England pada 3 Mac ini bagi menghadapi kejohanan itu di National Indoor Arena, Birmingham dari 6-11 Mac. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan