Piala Uber: Malaysia Tewas 2-3 Kepada Singapura

Diterbitkan: Ahad, 19 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Skuad wanita negara tewas 2-3 kepada Singapura pada perlawanan pusingan penentuan tempat kelima hingga kelapan Kejohanan Pusingan Kelayakan Piala Uber Zon Asia di Macau, China, Ahad.

Malaysia meraih dua mata menerusi perseorangan pertama negara Tee Jing Yi yang menewaskan Gu Juan 21-13, 10-21 dan 21-15 manakala beregu negara Vivian Khoo dan Wong Pei Tty menundukkan pasangan Chen Jiayuan dan Thng Ting Ting 21-14,21-14 dalam masa 31 minit.

Singapura memulakan kempen kemenangan dengan memperoleh mata pertama menerusi beregu Yao Lei dan Shinta Mulia Sari yang pasangan negara Goh Liu Ying dan Lim Yin Loo 21-13, 21-16.

Perseorangan kedua Singapura Fu Mingtian terus mengumpul mata kedua apabila menewaskan pemain negara Sannatasah Saniru 21-12, 21-15 dalam masa 29 minit.

Perseorangan ketiga Singapura Liang Xiaoyu menutup tirai perlawanan dengan mengatasi pemain negara Yang Li Lian 21-14, 21-17.

Skuad negara gagal meraih slot terakhir ke pusingan akhir Piala Uber, yang akan berlangsung di Wuhan, China dari 20 hingga 27 Mei ini setelah tewas pada dua perlawanan sebelum ini, ketika bertemu Indonesia dan Hong Kong.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan