Yayasan CIMB Terus Sokong Program Pembangunan Skuasy Remaja

Diterbitkan: Jumaat, 10 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Effendy (kanan) menyampaikan replika tajaan kepada Syed Mustaffa, Rabu.
Effendy (kanan) menyampaikan replika tajaan kepada Syed Mustaffa, Rabu.

KUALA LUMPUR: Yayasan CIMB terus setia bersama Persatuan Skuasy Malaysia (SRAM) apabila sekali lagi meneruskan jalinan kerjasama dengan menjadi penaja utama Program Pembangunan Skuasy Remaja Malaysia bagi edisi ketujuh tahun ini.

Ketua Pemasaran dan Komunikasi Kumpulan CIMB, Effendy Shahul Hamid berkata, hubungan rapat dengan SRAM ini dianggap amat penting memandangan skuasy antara acara sukan yang banyak menyumbangkan kejayaan kepada negara.

“Kami mempunyai sebab tersendiri hubungan ini masih diteruskan berdasar beberapa faktor utama. Antaranya ialah sukan skuasy telah mencipta kejayaan sendiri di peringkat dunia.

"Keduanya adalah pihak kami sendiri mendapat kepuasan sepanjang program ini diadakan yang mana telah ramai pemain-pemain muda telah mencapai kejayaan di peringkat Asia.

“Dan ketiga sukan skuasy ini boleh pergi lebih jauh, lebih-lebih Datuk Nicol Ann David dijadikan ikon bagi pemain-pemain muda untuk mencapai kejayaan tersendiri.

“Pada tahun pertama (2006) program ini dijalankan, hanya terdapat 120 pemain sahaja, tetapi sehingga kini lebih 700 pemain terlibat dalam program ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis tajaan Sirkit Remaja CIMB 2012, Khamis.

Sementara itu, Presiden SRAM, Datuk Syed Mustaffa Syed Ali berkata, penglibatan CIMB telah banyak membantu meningkatkan sukan skuasy di negara, lebih-lebih lagi untuk golongan muda.

“SRAM tidak nafikan, sepanjang jalinan kerjasama ini, ramai pemain-pemain muda telah berjaya di peringkat Asia. Malah mereka juga berpeluang bermain pada Terbuka Britain, Hong kong, India dan sebagainya.

“Ini secara tidak langsung ia telah menjadikan sukan skuasy di negara ini dilapisi pemain-pemain muda yang berbakat besar dan yang boleh dijadikan harapan pada masa akan datang,” katanya.

Sebagai bukti program ini telah berjaya, pada aksi tahun lalu seramai tujuh orang pemain muda telah berjaya mencipta nama di peringkat kebangsaan dan Asia termasuk Andrea Lee (naib juara Asia bawah-13 perempuan), Mohd Fareez Izwan (juara Remaja Asia bawah 13 tahun), Mohd Hafi Zhafri (juara Terbuka Hong Kong), Mohd Syafiq Kamal (juara Asia bawah 15 tahun), Nazihah (ketiga Terbuka Britain), Ng Eain Yow (juara Terbuka Britain bawah 13 tahun lelaki), S.Sivasangari (juara Asia bawah 13 tahun perempuan).

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan