Piala Axiata: Pemilihan Pemain Selepas Kelayakan Piala Thomas Dan Piala Uber

Diterbitkan: Jumaat, 10 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih perseorangan negara, Rashid Sidek berkata kemungkinan pemain negara yang layak ke temasya Sukan Olimpik London pada Julai ini tidak akan tersenarai bagi Kejohanan Piala Axiata pada 23 Mac depan.

Katanya pemilihan pemain untuk Kejohanan Piala Axiata akan dilakukan selepas skuad negara selesai menghadapi pusingan kelayakan Piala Thomas/Uber di Macau dari 14 hingga 19 Februari ini.

"Mungkin pemain yang akan membuat persiapan ke Olimpik tidak senaraikan. Tetapi secara dasar kita belum buat keputusan lagi," katanya di sini hari ini.

Kejohanan Piala Axiata, yang dianjurkan pertama kalinya oleh Axiata Group Berhad khusus untuk pemain lelaki dengan taruhan hadiah wang tunai bernilai US$1 juta (RM3.03 juta), akan diadakan serentak di dua venue di Malaysia dan Indonesia bermula 23 Mac ini.

Negara yang akan mengambil bahagian adalah Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura, Vietnam dan Filipina mengikut format berpasukan lelaki.

Rashid berkata kejohanan baru itu merupakan satu perkembangan yang baik kepada pembangunan sukan itu di mana pemain berpeluang menyertai lebih banyak kejohanan serta mendapatkan pendedahan khususnya kepada pemain simpanan.- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan