Daren Mahu Kutip Satu Mata Di Macau

Diterbitkan: Jumaat, 10 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Daren sasar untuk mengutip satu mata pada aksi Kelayakan Piala Thomas di Macau bermula Isnin ini.
Daren sasar untuk mengutip satu mata pada aksi Kelayakan Piala Thomas di Macau bermula Isnin ini.

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan negara, Daren Liew yakin sudah bersedia menjelang aksi Kelayakan Piala Thomas/ Piala Uber di Macau bermula 14 hingga 19 Februari ini.

Daren,24, kini berada di ranking ke-45 dunia bertekad untuk membantu skuad negara mengutip satu mata pada aksi kelayakan itu nanti.

“Saya akan cuba yang terbaik bersama rakan sepasukan yang lain. Biarpun sedar cabaran sengit bakal dihadapai memandangkan pasukan negara bersama dengan pasukan Korea dan Hong Kong.

“Dengan segala persiapan yang dilakukan sebelum ini, diharap semuanya berjalan lancar,” katanya kepada mStar Online.

Sementara itu, Daren mengakui dirinya juga sudah berada di tahap terbaik, terutama sekali dari segi kecergasan, malah turut menang menewaskan rakan sepasukan, Mohd Arif Latif (23-21, 17-21, 21-13) pada perlawanan simulasi baru-baru ini.

“Saya tidak menganggap kemenangan itu sudah cukup kerana kami sudah biasa berlawan sesama sendiri. Ia dianggap sebagai latihan akhir sebelum ke Macau.

“Apa yang lebih penting sekarang ialah memberi fokus terhadap perlawanan sebenar kerana ini merupakan kali pertama beraksi dalam skuad Piala Thomas,” katanya.

Selain Daren, harapan untuk layak ke Kejohanan Piala Thomas disandarkan kepada kepada pemain No 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei, Muhammad Hafiz Hashim serta Arif Latif dalam perseorangan lelaki.

Cabaran negara dalam acara beregu lelaki negara akan diketuai Koo Kien Keat/Tan Boon Heong, Goh Wei Shem/Lim Khim Wah dan Hoon Thien How/Teo Kok Siang.

Skuad negara akan berangkat ke Macau pada esok (Sabtu) dan skuad Piala Uber akan memulakan aksi pada Isnin ini menentang China.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan