Malaysia Hantar Dua Pasukan Pada Kejohanan Badminton Piala Axiata

Diterbitkan: Rabu, 8 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Axiata, Datuk Seri Jamaludin Ibrahim (kiri) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad, Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly (kanan) dan Presiden Pengarah PT XL Axiata Berhad, Hasnul Suhaimi (tengah), selepas merasmikan pertandingan badminton Piala Axiata, Rabu. Foto: BERNAMA
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Axiata, Datuk Seri Jamaludin Ibrahim (kiri) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad, Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly (kanan) dan Presiden Pengarah PT XL Axiata Berhad, Hasnul Suhaimi (tengah), selepas merasmikan pertandingan badminton Piala Axiata, Rabu. Foto: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Dr Mohamed Al-Amin Abd Majid yakin pasukan Malaysia akan menghantar pemain-pemainnya pada kejohanan sulung badminton Piala Axiata yang bermula bermula pada 23 Mac ini.

Kejohanan yang pertama kali diadakan ini menawarkan hadiah lumayan keseluruhan bernilai USD 1,000000 (RM3 juta) sekali gus menjadi nilai hadiah kejohanan tertinggi di dunia.

Dr Mohamed Al-Amin berkata, pihak BAM menyokong sepenuhnya kejohanan terbuka ini kerana ia merupakan satu perkembangan baik kepada pemain-pemain badminton seluruh ASEAN.

“Selain mempamerkan format baru pada kejohanan ini, salah satu faktor yang lebih menarik adalah ganjaran hadiah yang ditawarkan adalah cukup lumayan.

“Kita akan menghantar dua pasukan untuk menyertai kejohanan ini dan senarai pemain adalah terpulang kepada jurulatih masing-masing.

"Untuk lebih jelas lagi mengenai pemain, kami akan mengadakan Mensyuarat Exco tidak lama lagi, sebelum kejohanan berlangsung pada Mac ini,” katanya kepada media selepas pelancaran Piala Axiata, Rabu.

Menurut Dr Mohamed Al-Amin, sebelum membuat keputusan pihaknya juga akan melihat pelbagai sudut positif dalam menyertai kejohanan ini.

“Kita boleh mengambil kejohanan ini sebagai pendekatan mahupun persiapan pada kejohanan lain. Lebih penting lagi, ia mampu memberi peluang kepada semua barisan pemain kita sama ada pemain utama, pelapis ataupun pemain kelab.

“Selain itu, salah satu format pertandingan ini ialah setiap negara dibenarkan mengambil pemain luar dari ASEAN untuk mewakili pasukan kita.

"Bagi saya ia satu perkembangan bagus dan mampu menjadikan mereka sebagai rakan sparring pemain-pemain kita. Namun itu semua akan diputuskan pada mensyuarat nanti,” tambahnya.

Kejohanan berpasukan Piala Axiata ini dianjurkan oleh Kumpulan Axiata Berhad (Axiata) bersama Konfederasi Badminton Asia (BAC) dan juga Total Sports Asia (TSA).

Sebanyak enam negara ASEAN akan beraksi termasuk Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura, Filipina dan Vietnam. Malaysia dan Indonesia dijangkan akan menghantar dua pasukan.

Perlawanan peringkat kumpulan akan berlangsung di Malaysia dan Jakarta dalam tempoh empat hingga lapan minggu, manakala pusingan separuh akhir akan bermain dua kali, di tempat sendiri (home) dan lawan (away) pada 30 Mac dan 1 April.

Pusingan akhir juga akan berlangsung di tempat lawan dan tempat sendiri pada 13 dan 15 April.

Setiap pasukan dibenarkan menghantar enam hingga lapan orang pemain berdasarkan format tiga perlawanan termasuk dua pemain untuk perseorangan dan satu untuk kategori beregu.

Setiap negara juga diberi kebebasan untuk memilih dua pemain luar negara ASEAN.

Hadiah pasukan;

Juara: USD 400,000 (RM 1.2 juta)

Naib juara: USD 200,000 (RM600,000)

Separuh akhir (dua pasukan) :USD 100,000 (RM300,000)

Kalah pusingan awal (empat pasukan) : USD 50,000 (RM150,000)

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan