Hafiz Optimis Buru Satu Mata Bantu Skuad Piala Thomas

Diterbitkan: Jumaat, 3 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas juara All England, Muhammad Hafiz Hashim optimis untuk memburu satu mata bagi membantu skuad negara melepasi pusingan kelayakan Piala Thomas di Macau dari 14 hingga 19 Februari ini.

Katanya skuad negara perlu bekerja keras untuk ke separuh akhir dan yakin mempunyai peluang ke peringkat akhir pada pusingan kelayakan itu.

"Kami sudah mula berlatih sejak dua minggu lepas...sekarang ini kita tengah 'work out' dan harap kita akan dapat membentuk satu pasukan yang kuat," katanya, Jumaat.

Malaysia diundi bersama Korea Selatan dan Hong Kong dalam Kumpulan D dan perlu melepasi saingan getir peringkat kumpulan itu untuk menempah tiket ke Final Piala Thomas di Wuhan, China, Mei ini.

Hafiz dijangka bertemu dengan pemain perseorangan Hong Kong, Wong Wing Ki, Hu Yun atau Chan Yan Kit pada 14 Feb ini dan bakal menerima tentangan sengit dari pemain Korea Selatan, Lee Hyun Il, Park Sung Hwan atau Shon Wan Ho pada hari berikutnya.

Rekod pertemuan sebelum ini menunjukkan Hafiz pernah menundukkan Wong pada Terbuka India 2009 dan dua kali kalah kepada Hu pada Kejohanan Macau Grand Prix 2009 dan Grand Prix Terbuka Malaysia pada 2009.

Turut disenaraikan dalam pasukan Piala Thomas negara ialah pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei, Liew Darren dan Mohd Arif Latif manakala pemain beregu ialah Tan Boon Heong, Koo Kien Keat, Goh V Shem, Lim Khim Wah, Hoon Thien How dan Toe Kok Siang.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan