Nicol Rangkul Gelaran Sulung Cleveland Classic Di Ohio

Diterbitkan: Khamis, 2 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jaguh nombor satu dunia Datuk Nicol Ann David memenangi gelaran sulung Kejohanan Skuasy Cleveland Classic selepas menumpaskan bintang England Laura Massaro pada perlawanan akhir di Ohio, Amerika Syarikat, pada Rabu.

Dalam perlawanan di Cleveland Racquet Club, Ohio, Nicol bagaimanapun dikejutkan 7-11 pada set pembukaan.

Nicol, 28, yang membuka tirai 2012 dengan menjuarai Siri Dunia pertama di London, awal bulan lalu, bangkit semula 12-10, 11-7 dan 11-8 untuk menebuskan kekecewaan kepada pemain nombor empat dunia itu pada final sama tahun lepas.

Pemain kelahiran Pulau Pinang itu menempah tiket perlawanan akhir dengan menyingkirkan pemain nombor tiga dunia, Madeline Perry 11-3, 11-4, 11-6 pada saingan separuh akhir.

Manakala Massaro, pemain pilihan ketiga kejohanan, hanya mengambil masa 28 minit untuk melangkah ke final apabila menumpaskan pemain bukan pilihan tuan rumah, Amanda Sobhy, 11-9, 11-5, 11-6.-BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan