Skuad Piala Thomas Perlu Fokus, Jangan Fikir Kalah - Chong Wei

Diterbitkan: Selasa, 31 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Meskipun dijangka menerima tentangan hebat daripada pasukan Korea Selatan, pemain nombor satu Dunia, Datuk Lee Chong Wei berharap skuad Piala Thomas negara terus fokus dalam misi untuk melepasi pusingan kelayakan Piala Thomas yang akan berlangsung di Macau dari 14 hingga 19 Februari ini.

Chong Wei berkata, semangat sepasukan amat penting agar pemain tidak mudah mengalah sebelum hari perlawanan bagi menentang sesiapa sahaja mahupun berdepan dengan juara dunia sekalipun.

"Kita tahu pasukan kita kali ini tidak kuat namun kita telah buat persediaan rapi dan terbaik bagi menghadapi pihak lawan.

"Apabila bertemu Korea Selatan, kita kena dapat satu mata daripada perseorangan pertama, perseorangan kedua dan beregu pertama. Mungkin Muhammad Hafiz Hashim akan bertemu Shon Wan Ho (Korea) dan kita target pungutan mata - 50-50," katanya pada sidang media selepas menjalani latihan pusat di Bukit Kiara di sini, Selasa.

Malaysia diundi bersama Korea Selatan dan Hong Kong dalam Kumpulan D, Pusingan Kelayakan Piala Thomas dan perlu melepasi saingan getir Korea Selatan dan dijangka mudah mengatasi Hong Kong untuk menempah tiket ke Final Piala Thomas yang akan diadakan di Wuhan, China Mei ini.

Chong Wei berkata, beliau akan berusaha untuk mendapatkan satu mata dan berharap pasukannya itu akan bersemangat dan yakin untuk memungut mata seterusnya pada perlawanan itu nanti.

"Sekarang ini saya nasihatkan, jangan banyak fikir dan jangan membuat andaian pasukan kita kalah, kita lawan dulu. Waktu ini kita fokus perlawanan berkumpulan dahulu," katanya.

Selain Chong Wei, Muhammad Hafiz dan Liew Darren, seorang lagi pemain perseorangan lelaki ialah Mohd Arif Abdul Latif.

Beregu pula diwakili oleh Koo Kien Keat/Tan Boon Heong, Goh Wei Shem/Lim Khim Wah dan Hoon Thien How/Teo Kok Siang.

Sementara itu, Ketua jurulatih perseorangan negara Rashid Sidek berkata, beliau berharap pemain perseorangan mampu menyumbangkan dua mata dalam pertemuan dengan Korea Selatan.

"Sekurang-kurangnya antara single kita perlu dua menang. Kita tahu pasukan beregu Korea Selatan lebih kuat dari kita. Kalau boleh curi satu mata dari pasukan beregu sudah cukup bagus," katanya.

Sementara jurulatih beregu wanita negara, Rexy Mainaky berkata, bagi perlawanan pusingan awal Piala Uber Zon Asia, pasukan wanita Malaysia menerima tentangan sengit dari China dan India.

"Kalau kita lihat secara realistik, kita dengan India 50-50, kita sasar raih dua mata dari perseorangan. Perlawanan dengan China cukup berat.

"Kalau beregu kita tiada masalah kecederaan mungkin kita akan dapat dua mata dari beregu India kerana peluang beregu kedua, Woon Khe Wei/Vivian Hoo nak dapat mata itu besar.

Skuad Piala Uber dibarisi pemain perseorangan Tee Ji Ying, adik beradik Lydia dan Sonia Cheah dan Sannnatasah Saniru manakala beregu diwakili Chin Ee Hui, Wong Pei Tty, Woon Khe Wei, Vivian Hoo, Goh Liu Ying dan Lim Yin Loo. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan