Azarenka Tewaskan Sharapova, Lonjak Ke Ranking Pertama Dunia

Diterbitkan: Ahad, 29 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sharapova (kanan) mengucapkan tahniah kepada Azarenka selepas tamat perlawanan akhir Terbuka Australia, Sabtu.
Sharapova (kanan) mengucapkan tahniah kepada Azarenka selepas tamat perlawanan akhir Terbuka Australia, Sabtu.

PEMAIN Belarus, Victoria Azarenka mengungguli aksi akhir wanita Terbuka Australia apabila menewaskan Maria Sharapova 6-3,6-0 di Rod Laver Arena, Sabtu.

Azarenka yang mempamerkan pukulan bertenaga pada set pertama meninggalkan Sharapova 6-3.

Pada set kedua Sharapova cuba bangkit untuk mengutip mata pertama, namun gagal membaca pergerakan Azarenka yang lebih bersemangat untuk terus mengutip mata.

Ketinggalan 2-0 pada set kedua, Sharapova semakin tertekan sehingga ketinggalan 5-0.

Pukulan agresif yang dilakukan Azarenka ternyata mengetepikan pengalaman bekas pemain nombor satu dunia itu sekaligus menang pada set kedua 6-0.

Azarenka mengambil masa 1 jam 22 minit menewaskan Sharapova dan turut mengambil alih takhta nombor satu dunia daripada Caroline Wozniacki (Denmark).

Sebelum ini Azarenka berada ditangga ketiga dunia.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Maria yang telah memberi cabaran baik pada perlawanan tadi. Saya yakin kita akan bertemu lagi pada kejohanan akan datang.

“Selain itu tidak lupa juga kepada rakan sepasukan yang telah membantu dan merealisasikan impian yang akhirnya menjadi milik saya hari ini,” katanya selepas perlawanan.

Sementara itu, Sharapova berkata, Victoria telah menunjukkan permainan yang baik hari ini.

“Dia telah bermain baik dan saya mengucapkan tahniah kepadanya. Namun tanpa rasa ragu-ragu, saya akan terus memberi cabaran selepas ini.

“Bukan mudah untuk kembali beraksi selepas beberapa bulan berehat, tetapi saya akan mencuba mencari rentak sebenar permainan saya nanti,” katanya.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan