Chong Wei Mara Ke Final Selepas Tewaskan Chen Long

Diterbitkan: Ahad, 15 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Aksi Chong Wei selepas menewaskan pemain dari China, Chen Long 21-18 17-21 21-13 pada aksi separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia, Sabtu.Foto: AP/Lai Seng Sin
Aksi Chong Wei selepas menewaskan pemain dari China, Chen Long 21-18 17-21 21-13 pada aksi separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia, Sabtu.Foto: AP/Lai Seng Sin

KUALA LUMPUR: Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei melangkah ke perlawanan akhir perseorangan lelaki Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Malaysia di Stadium Putra Bukit Jalil di sini, Sabtu.

Perseorangan nombor satu dunia itu menundukkan pemain nombor tiga dunia Chen Long dari China 21-18, 17-21, 21-13 dalam masa 1 jam 16 minit.

Chong Wei bermula baik dengan memenangi set pertama, namun Chen Long tampil lebih agresif pada kedua sehingga memaksa permainan diheret ke set penentuan.

Pada set ketiga, meskipun ketinggalan 4-8 pada awal permainan, Chong Wei tidak putus asa dan terus menyerang sehingga berjaya mematikan langkah pemain China itu.

"Penonton di stadium, yang menyokong saya 'all the way' sepanjang permainan, turut menaikkan semangat saya, mungkin juga kerana saya tidak mahu kalah di 'home ground' sendiri, (jadi saya lebih bersemangat)," katanya kepada media.

Beliau yang kini dalam misi merangkul kejuaraan kali kelapan, akan berentap dengan Kenichi Tago dari Jepun dalam perlawanan akhir pada Ahad.

Terdahulu, Tago mara ke pusingan akhir apabila lawannya Chen Jin dari China menarik diri akibat kecederaan di bahagian pergelangan kaki kanan selepas melakukan 'jumping smash' pada awal permainan.

Tago yang ditemui selepas itu berkata beliau amat kecewa kerana tidak dapat bermain menentang Chen Jin.

Katanya beliau akan bermain bersungguh-sungguh dan melakukan yang terbaik esok, meskipun menyedari Chong Wei mempunyai kelebihan kerana bermain di tempat sendiri.

Sementara itu, dalam saingan beregu campuran, beregu negara Chan Peng Soon/Goh Liu Ying terpaksa akur pada ketangkasan pilihan pertama Zhang Nan/Zhao Yenlei dari China 21-13, 21-16, sekaligus gagal melangkah ke pusingan akhir. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan