Koo Dan Tan Tertekan, Perlu Tingkat Prestasi

Diterbitkan: Khamis, 12 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Prestasi buruk pada kejohanan sebelum ini memberi tekanan kepada beregu nombor satu negara Koo Kean Keat/Tan Boon Heong untuk meningkatkan semula prestasi mereka pada kejohanan badminton Siri Super Terbuka Malaysia kali ini.

Beregu itu yang pernah menduduki ranking pertama beregu lelaki Persekutuan Badminton Dunia (BWF), juga tidak mensasarkan sebarang harapan tinggi untuk kejohanan itu, yang kini berlangsung di Stadium Putra di Bukit Jalil.

"Oleh sebab kami main teruk sebelum ini, ada sikit 'pressure' kali ini. Perasaan yang agak lain," kata Koo kepada pemberita selepas menentang Rupesh Kumar K.T dan Sanave Thomas dari India pada pusingan pertama kejohanan.

Koo dan Tan mudah menundukkan beregu India itu 21-14, 21-13 dalam masa 27 minit untuk mara ke pusingan kedua.

Pada kejohanan Terbuka Korea minggu lepas, pasangan itu tewas seawal pusingan kedua kepada beregu Taiwan Fang Chieh Ming-Lee Sheng Mu 21-12, 20-22, 22-24.

Koo dan Tan, yang kini berada pada kedudukan keenam dunia, perlu mengumpul lebih mata bagi membaiki ranking untuk membolehkan mereka layak ke temasya Olimpik Julai ini.

Sementara itu, beregu campuran negara Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying melakukan kejutan apabila menewaskan pilihan kelima kejohanan Chen Hung Lin/Cheng Wen Hsing dari Taiwan 21-17, 12-21, 24-22.

Chan berkata kejayaan itu sangat bermakna memandangkan ini merupakan kali pertama beliau berjaya melangkah ke pusingan kedua Terbuka Malaysia setelah empat kali menyertai kejohanan tersebut.

"Saya memang sangat gembira. Yang menarik ialah kami dapat kalahkan beregu pilihan sedangkan sebelum ini kami telah kalah dua kali dengan mereka," katanya.

Chan dan Goh dijadual bertemu beregu India Valiyaveetil Diju/ Jwala Gutta pada pusingan kedua esok. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan