Chong Wei Tepati Ramalan, Mara Ke Pusingan Kedua

Diterbitkan: Khamis, 12 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pilihan utama Datuk Lee Chong Wei menepati ramalan apabila melangkah ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Malaysia di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini malam Rabu.

Meskipun menentang rakan sepasukan Liew Daren, pemain nombor satu dunia itu tidak 'memberi muka' kepada pemain muda itu apabila pantas mengumpul mata kemenangan 21-8, 21-11 dalam masa 31 minit.

"Saya tidak boleh beri dia peluang kerana saya mahu dia tahu apa kekurangannnya, supaya boleh diperbaiki," katanya kepada media selepas perlawanan itu, yang turut ditonton isteri bekas perdana menteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Beliau berkata Liew, yang dilihat sebagai penggantinya, perlu meningkatkan kekuatan mental dan melakukan lebih banyak latihan. Chong Wei, yang dijadualkan bertemu pemain Jepun, Kazushi Yamada dalam pusingan kedua esok, kini dalam misi merangkul gelaran Terbuka Malaysia kali kelapan.

Sementara itu, beregu wanita negara Vivian Hoo/Woon Khe Wei melakukan kejutan apabila mengalahkan pilihan ketiga dan beregu ranking kelima dunia Miyuki Maeda/Satoko Suetsuna dari Jepun 15-21, 21-19, 21-17.

"Kita pernah jumpa dengan beregu ini di India tahun lalu, tapi kita kalah. Kali ini kita lebih memahami permainan mereka dan juga bermain lebih baik.

"Kita juga tidak fikir pasal nak menang, sebab tahu perlawanan sukar, kita hanya fokus untuk main 'all out'," kata Hoo.

Beregu itu, yang kini berada pada kedudukan ke-21 dunia, akan bertemu pemenang perlawanan di antara Anneke Feinya Agustin/Nitya Krishinda Maheswari dari Indonesia dan Lee So Hee/ Shin Seung Chan dari Korea Selatan, yang dijadualkan berlangsung lewat malam Rabu.

Satu lagi beregu wanita negara Chin Eei Hui/Wong Pei Tty turut mara ke pusingan seterusnya setelah mengenepikan saingan Emelie Lennartsson/Emma Wengberg dari Sweden 22-20, 21-14. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan