Jurulatih Nasihat Chong Wei Jangan Terpedaya Taktik Psikologi Lin Dan

Diterbitkan: Selasa, 10 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jurulatih kebangsaan Tey Siu Bock dan Rashid Sidek mengingatkan jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei supaya tidak 'terpedaya' dengan taktik psikologi pemain China Lin Dan.

Tey berkata Chong Wei tidak perlu terikut-ikut dan berasa tertekan dengan kenyataan pemain nombor dua dunia itu, yang juga saingan utama Chong Wei pada Kejohanan Terbuka Malaysia kali ini.

"Saya harap Chong Wei jangan fikir pasal kenyataan Lin Dan itu. Beliau sudah memenangi kejohanan ini sebanyak tujuh kali malah mempunyai kelebihan kerana bermain di gelanggang sendiri," katanya kepada Bernama di sini, Selasa.

Pada Isnin, Lin Dan membuat kenyataan bahawa beliau mahu menawan gelaran Terbuka Malaysia buat pertama kalinya selain membalas dendam di atas kekalahan pada final Terbuka Korea Ahad lepas.

Sementara itu, Rashid yang memilih untuk bersikap realisitik, berkata Chong Wei mempunyai peluang 50-50 untuk mengulangi kejayaannya menewaskan Lin Dan.

"Hal ini (kemenangan) tidak ada jaminan. Ia bergantung pada prestasi pemain ketika itu. Chong Wei bertemu Lin Dan 50-50, Chong Wei bertemu Chen Long juga 50-50.

"Tapi jika berdasarkan rekod (kejohanan) jelas Chong Wei memiliki kelebihan di sini," katanya.

Chong Wei dan Lin Dan diramal mengulangi pertemuan mereka pada perlawanan akhir kejohanan itu hujung minggu ini.

Chong Wei, yang kini dalam misi meraih kejuaraan kelapannya dalam kejohanan itu, turut berdepan laluan sukar di separuh akhir apabila dijangka bertemu rakan senegara Lin Dan, Chen Long.

Pilihan utama kejohanan itu akan bertemu pemain Malaysia, Liew Daren pada pusingan pertama yang bermula esok.

Liew melepasi pusingan kelayakan hari ini setelah menewaskan Hsueh Hsuan Yi dari Taiwan 15-21, 21-8, 21-8.

Selain Chong Wei dan Lin Dan, bintang-bintang besar termasuk perseorangan lelaki nombor empat dunia Peter Hoeg Gade dari Denmark, Taufik Hidayat dari Indonesia (ranking kesembilan) dan perseorangan wanita nombor satu dunia Wang Yihan dari China akan beraksi esok. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan