BAM Cari Orang Baru Dilantik Pengarah Prestasi Tinggi

Diterbitkan: Rabu, 4 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mula mencari calon untuk dilantik sebagai Pengarah baru Prestasi Tinggi persatuan itu bagi menggantikan Datuk James Selvaraj, penyandang jawatan itu sekarang. Bernama diberitahu dua calon iaitu bekas ketua jurulatih kebangsaan Razif Sidek dan jurulatih Sekolah Sukan Bukit Jalil, Yap Kim Hock, dipanggil untuk sesi temuduga pada Selasa di hadapan lima anggota panel dilantik untuk tujuan membuat pemilihan. Panel yang dianggotai lima orang anggota, tiga mewakili BAM, seorang wakil Majlis Sukan Negara (MSN) dan seorang lagi daripada Institut Sukan Negara (ISN) itu mengadakan beberapa sesi temuduga sepanjang minggu ini.

Setiausaha Kehormat BAM, Ng Chin Chai berkata lima daripada 19 pemohon telah disenarai pendek dan dipanggil untuk temuduga di ibu pejabat persatuan itu di Stadium Juara, Bukit Kiara di sini.

"Hasil temuduga itu akan kami bentangkan dalam mesyuarat Exco BAM pada waktu yang terdekat ini dan Excolah yang akan memutuskan siapa yang akan dilantik nanti," katanya kepada pemberita selepas sesi temuduga dua calon berkenaan.

Ng, bagaimanapun, enggan mendedahkan nama calon lain yang disenarai pendek dan meminta pihak media menunggu sehingga pertengahan bulan ini untuk mengetahui keputusannya.

Beliau berkata sehingga keputusan dibuat jawatan tersebut akan terus dipegang oleh James.

Sementara itu, Razif ketika ditemui pemberita berkata beliau gembira dan berpuas hati dengan sesi temuduga dan bangga kerana diberi peluang oleh BAM.

"Saya memahami hasrat BAM yang mahu maju ke depan dan ingin menyelesaikan masalah seperti meningkatkan prestasi pemain di samping meraih emas di Sukan Olimpik," katanya mengulas temuduga yang berlangsung hampir sejam itu.

Juara beregu lelaki Seluruh England 1982 bersama Jailani Sidek itu berkata dia mempunyai tiga misi penting yang ingin dijayakan sekiranya dilantik sebagai Pengarah Prestasi Tinggi BAM.

Tiga misi itu ialah membawa pulang Piala Thomas, yang kali terakhir dimenangi Malaysia pada 1992, menggondol emas Olimpik dan menjuarai Kejohanan Dunia. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan