Chong Wei Bebas Minta Nasihat Misbun - Jurulatih - Raket | mStar

Chong Wei Bebas Minta Nasihat Misbun - Jurulatih

Diterbitkan: Sabtu, 24 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jurulatih kebangsaan Tey Seu Bock tidak menghalang jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei untuk mendapatkan nasihat daripada bekas jurulatih Datuk Misbun Sidek atau sesiapa juga.

Beliau berkata misi meraih pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik London tahun depan yang disandarkan kepada Chong Wei perlu diberi keutamaan, tanpa apa-apa halangan yang boleh membantutkan perjuangan atau persiapan pemain itu.

Katanya beliau juga tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan Misbun, namun keputusan untuk mengambil semula 'sifu' Chong Wei itu terletak pada Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

"Sebelum ini pun saya pernah bekerjasama dengan beliau. Tapi buat masa sekarang Rashid (Sidek) dan Hendrawan ada tolong saya, buat analisis perlawanan, taktikal dan sebagainya. (Jadi) bagi saya tiada masalah, terpulang pada BAM," katanya kepada pemberita selepas sesi latihan di Stadium Juara Bukit Kiara di sini hari ini.

Terdapat laporan baru-baru ini bahawa Chong Wei ingin mendapatkan semula khidmat Misbun yang meletak jawatan sebagai jurulatih BAM pada 31 Dis tahun lepas.

Pemain nombor satu dunia itu, yang turut mengikuti sesi latihan pagi tadi, bagaimanapun enggan ditemuramah.

Tey berkata beliau mempunyai rancangan tersendiri untuk meningkatkan prestasi ayam tambatan negara itu menjelang Olimpik tahun depan di samping menyasarkan tiga bulan untuk Chong Wei kembali ke prestasi terbaiknya.

"Bagaimanapun buat masa ini latihan mungkin saya akan buat benda yang sama kerana tiada masa, mungkin selepas Malaysian Open ada sedikit perubahan dari segi latihan, program semua," katanya.

Pengurus Besar BAM Kenny Goh berkata Chong Wei tidak pernah menyuarakan hasrat kepada persatuan itu untuk memanggil semula Misbun.

"Kita dengar hanya melalui media, bukannya daripada Chong Wei. Tetapi saya difahamkan, apa yang dimaksudkan oleh Chong Wei ialah secara peribadi dia sentiasa dapatkan nasihat dan panduan daripada Misbun," katanya.

Gih berkata buat masa ini BAM tidak bercadang untuk menambah bilangan jurulatihnya. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan