Nicol David Terima RM50,000 Daripada PBAPP

Diterbitkan: Khamis, 22 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Ratu skuasy negara Datuk Nicol Ann David menerima hadiah wang tunai sebanyak RM50,000 daripada Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) dalam satu majlis khas malam tadi.

Sumbangan yang disampaikan oleh Pengerusi PBAPP, Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang merupakan penghargaan kepada atlet yang mengukir nama di peringkat global.

Nicol dalam ucapannya berkata, dengan penghargaan hadiah seumpama itu, beliau berharap lebih ramai jaguh sukan bertaraf antarabangsa dapat dilahirkan dari Pulau Pinang.

"Dengan adanya pelbagai program pembangunan sukan, adalah diharapkan lebih ramai bakat-bakat baru yang berpotensi dapat diketengahkan," katanya.

Beliau yang mempertahankan gelaran juara dunia sebanyak enam kali dijadual berlepas semula ke Amsterdam, Belanda bagi meneruskan sesi latihan intensifnya selepas perayaan Krismas ini. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan