10 Perseorangan Lelaki Bertanding Terbuka Malaysia Maybank 2012

Diterbitkan: Rabu, 21 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kesemua 10 pemain badminton perseorangan lelaki utama dunia akan bertanding dalam kejohanan Terbuka Malaysia Maybank 2012 di Stadium Putra, Bukit Jalil dari 10 hingga 15 Januari tahun depan.

Menurut Persatuan Badminton Malaysia (BAM), pengesahan sudah diterima daripada kesemua 10 pemain berkenaan termasuk pemain nombor dua dunia Lin Dan dari China, rakan senegaranya Chen Long (nombor tiga dunia) dan Chen Jin (nombor lima dunia) serta pemain utama Indonesia, Taufik Hidayat (nombor 11 dunia).

"Datuk Lee Chong Wei, pemain nombor satu Malaysia dan dunia, akan berusaha merangkul kejuaraan buat kali kelima berturut-turut pada Terbuka Malaysia Maybank, yang juga kejuaraannya yang kelapan secara keseluruhan, menyamai satu rekod bagi tempoh 50 tahun.

"Sebagai juara kebangsaan, Lee tidak dinafikan akan mendapat sokongan penuh dan menjadi pilihan untuk mengekalkan kejohanan itu sekali lagi," menurut BAM dalam satu kenyataan pada Selasa.

Dalam kategori perseorangan wanita, perebutan dijangka antara tiga pemain perseorangan utama China nombor satu dunia Wang Yihan, Wang Shixian (nombor dua dunia) dan Wang Xin (nombor tiga dunia). - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan