Chong Wei Idam Kejuaraan Super Series Masters

Diterbitkan: Sabtu, 10 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Pemain badminton negara Datuk Lee Chong Wei mengidam untuk memenangi perlawanan akhir Siri Super Masters bagi membolehkannya mengekalkan kejuaraan tahun keempat sebagai pemain nombor satu dunia.

Pemain perseorangan berusia 29 tahun itu berkata meskipun tidak mempunyai cukup masa untuk menghadapi kejohanan itu, beliau akan memberikan aksi terbaik memandangkan kejohanan itu merupakan pertandingan terakhir tahun ini.

"Saya baru pulang dari Macau dan tidak mempunyai cukup masa untuk melakukan persiapan fizikal tetapi daripada segi mental saya sudah bersedia. Saya akan berangkat ke China esok dan berharap dapat bermain dengan baik untuk menjuarainya buat kali keempat," katanya kepada pemberita di sini Sabtu.

Lee merupakan pemain pilihan nombor satu bagi kejohanan, yang undiannya akan dilakukan pada 13 Disember.

Pemain utama Malaysia, yang merupakan juara Siri Super Masters pada 2008, 2009 dan 2010, akan ditentang hebat oleh dua pemain pilihan - Lin Dan dan Chen Long dari China pada kejohanan yang bermula di Liuzhou, China pada 14 hingga 18 Disember.

Lee, yang tewas dua kali kepada kedua-dua Chen Long dan Lin Dan dalam tempoh tiga bulan lepas, berkata beliau juga sedang menumpukan perhatian kepada Sukan Olimpik London tahun depan dan dalam tempoh lapan bulan akan datang akan berusaha gigih untuk bermain dengan baik dalam setiap pertandingan untuk mengekalkan ranking dunianya.

"Saya yakin dapat melayakkan diri ke Olimpik tetapi kedudukan dalam acara berkenaan sangat penting dan saya mahu menjadi pemain nombor satu dunia bagi mengelakkan bertemu Lin Dan pada separuh akhir," katanya.

Menyentuh perkembangan berkaitan, Lee berkata beliau terkejut apabila menerima undian tertinggi daripada peminat sukan badminton dalam tinjauan 'siapa yang mereka inginkan sebagai Pemain Lelaki Terbaik Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2011'.

"Saya terkejut dengan keputusan undian itu tetapi mungkin kerana saya berkomunikasi baik dengan para penonton pada setiap kejohanan yang saya sertai," katanya.

Pemain nombor satu dunia itu mengatasi musuh ketatnya, Lin Dan, sebanyak 12 peratus dalam undian secara online yang dianjurkan oleh BWF menerusi laman web rasminya www.bwfbadminton.org dan platform media sosial Twitter, Weibo dan Facebook.

Terdahulu, Lee yang juga duta jenama KDU melawat kampus kolej itu di Pulau Pinang dan menyampaikan raket YONEX yang ditandatanganinya kepada 20 pelajar pertama yang mendaftar pada hari terbuka kolej itu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan