Nicol Wajar Dijulang Tokoh Sukan Paling Berjaya Dalam Sejarah Negara:Najib

Diterbitkan: Selasa, 6 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Ratu skuasy negara Datuk Nicol Ann David wajar dijulang sebagai tokoh sukan paling berjaya dalam sejarah negara apabila mampu mempertahankan gelaran pemain terbaik dunia sebanyak enam kali berturut-turut, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata kejayaan yang dicapai Nicol itu adalah satu pencapaian yang belum pernah dicapai oleh sesiapa dalam sejarah negara.

"Saya bagi pihak kerajaan dan rakyat Malaysia ingin mengucapkan setinggi -tinggi tahniah kepada Nicol," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan pemain nombor satu dunia itu di pejabat beliau di sini Isnin.

Turut hadir ayah dan ibu Nicol, Desmond David dan Anne Marie David serta Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB Datuk Seri Nazir Razak. Najib berkata diharapkan kejayaan Nicol itu, akan menjadi pendorong serta penguat semangat kepada atlet sukan bukan sahaja dalam arena skuasy tetapi juga sukan lain.

"Nicol juga patut dijadikan contoh ikutan, beliau merupakan seorang ikon sukan yang paling berjaya dalam sejarah negara kita," katanya.

Diharapkan Nicol akan terus mencipta kejayaan yang lebih cemerlang pada masa akan datang, seterusnya meletakkan satu penanda aras yang tinggi untuk sukan negara terutamanya skuasy, kata beliau.

Sementara Nicol, berkata pertemuan dengan Perdana Menteri hari ini, merupakan satu peluang yang amat bermakna buat diri dan kedua-dua ibu bapanya.

"Ia adalah satu penghormatan bagi saya dan keluarga untuk mendapatkan pengiktirafan daripada kerajaan dan rakyat Malaysia, terima kasih atas segala sokongan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan