Chong Wei Sekali Lagi Temu Lin Dan Di Separuh Akhir

Diterbitkan: Sabtu, 26 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei mendapat laluan mudah ke separuh akhir setelah menumpaskan pemain pilihan keenam dari Jepun, Sho Sasaki, pada Kejohanan Terbuka China yang berlangsung di Shanghai, Jumaat.

Chong Wei hanya mengambil masa 39 minit untuk menumbangkan pemain berusia 29 tahun itu dengan mata kemenangan 21-18, 21-13.

Juara All-England itu bakal berdepan dengan musuh ketatnya, Lin Dan dari China pada penentuan ke perlawanan akhir perseorangan lelaki esok.

Pertembungan Chong Wei dan Lin Dan pasti memberi peluang terbaik untuk jaguh badminton negara itu menebus kekecewaan di Terbuka Hong Kong minggu lepas setelah tewas di tangan pemain ketiga dunia itu pada peringkat yang sama.

Sementara itu, beregu utama negara Koo Kean Keat/Tan Boon Heong terpaksa pulang dengan tangan kosong apabila gagal mara ke separuh akhir dan tumpas pada beregu keempat dunia Sung Hyun Ko/Yeon Seong Yoo dari Korea di suku akhir.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan