Nicol Buru Gelaran Juara Terbuka HK Untuk Kali Ketujuh

Diterbitkan: Ahad, 20 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ratu skuasy negara Nicol Ann David memburu gelaran juara Terbuka Hong Kong untuk kali ketujuh berturut-turut apabila menempah tempat ke perlawanan akhir, Isnin.

Pada perlawanan separuh akhir di Hong Kong Cultural Centre Piazza pada Sabtu, pemain nombor satu dunia itu menunjukkan kehebatannya apabila menewaskan pemain tuan rumah, yang juga pemain pilihan kelapan Annie Au dengan 9-11, 11-2, 11-4 dan 11-6 dalam hanya 45 minit.

Nicol berkata beliau menjangkakan mendapat tentangan hebat daripada Annie memandangkan lawannya itu bermain dengan baik pada perlawanan pertama di hadapan penyokong sendiri.

"Saya tahu saya perlu memperkukuhkan permainan pada perlawanan kedua dan saya berjaya melakukannya," katanya seperti dipetik oleh www.squashsite.co.uk.

Nicol memenangi kejohanan itu sejak tahun 2005.

Pada perlawanan akhir, Nicol akan bertemu pemain Mesir yang merupakan pemain pilihan ke-10 Raneem El Weleily yang menewaskan seorang lagi pemain Malaysia Low Wee Wern dengan 11-6, 9-11, 11-3 dan 11-9 dalam masa 47 minit.

Dalam kategori lelaki, Mohd Azlan Iskandar gagal mara ke akhir apabila kalah pada pemain pilihan kedua Karim Darwish dari Mesir dengan 11-3, 11-8 dan 11-2 dalam hanya 37 minit.

Darwish akan bertemu pemain pilihan ketiga James Willstrop dari England pada perlawanan akhir. Willstrop mengalahkan pemain pilihan kelima Gregory Gaultier dari Perancis dengan 11-9, 11-9 dan 11-1 dalam masa 67 minit.

Perlawanan akhir Isnin ini akan bermula pada pukul 6 petang waktu Malaysia. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan