Chong Wei Bertemu Lin Dan Saingan Separuh Akhir Terbuka Hong Kong, Sabtu

Diterbitkan: Sabtu, 19 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei dengan mudah layak ke separuh akhir Kejohanan Terbuka Hong Kong selepas mengalahkan pemain India, Ajay Jayaram, pada perlawanan suku akhir, Jumaat.

Seperti diramalkan, Chong Wei, pemain nombor satu dunia, dengan mudah mengenepikan saingan dalam masa 31 minit dengan keputusan 21-16, 21-13 pada kejohanan bernilai US$250,000 (RM791,301).

Bagaimanapun, Chong Wei dijangka menghadapi saingan getir apabila bertemu dengan musuh tradisinya, Lin Dan dari China pada perlawanan separuh akhir esok.

Lin Dan, pemenang pingat emas Sukan Olimpik Beijing 2008, turut melangkah ke separuh akhir apabila berjaya menumpaskan Shon Wan Ho dari Korea Selatan, 21-15, 21-18 dalam masa 40 minit.

Turut layak ke saingan separuh akhir ialah pemain nombor dua dunia, Chen Long dari China yang mengatasi pemain India, R.M.V Gurusaidutt 21-13, 23-21.

Chen Long akan menentang pemenang satu lagi perlawanan suku akhir antara pemain Denmark Peter Hoeg Gade dan pemain China Jin Chen.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan