SUKAN SEA: Satu Perak & Satu Gangsa Untuk Badminton

Diterbitkan: Jumaat, 18 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Beregu badminton negara yang merupakan wakil tunggal Malaysia layak ke perlawanan separuh akhir acara badminton pada Sukan SEA yang sedang berlangsung, Goh Wei Shem dan Lim Khim Wah menamatkan cabaran apabila tumpas kepada beregu Indonesia Markis Kido/Hendra Setiawan.

Gandingan Malaysia itu bagaimanapun berjaya memenangi set kedua ketika menentang pemenang pingat emas Olimpik Beijing 2008 dan juara tiga kali Sukan SEA itu.

Goh/Lim kalah 13-21, 21-17, 19-21 kepada pasangan Indonesia itu dalam perlawanan separuh akhir acara beregu lelaki yang berlangsung di Istora Senayan, di sini hari ini.

Pemain badminton Malaysia yang lain telah kalah pada perlawanan suku akhir semalam.

Liew Darren kalah 20-22, 12-22 kepada pemenang pingat emas Olimpik Athens Taufik Hidayat dari Indonesia dalam perseorangan lelaki, Vivian Hoo/Woon Khe Wei tunduk 22-24, 15-21 kepada Anneke Feinya Agus/Nitya Khrishinda juga dari Indonesia dalam acara beregu wanita.

Dalam perseorangan wanita, Tee Jing Yi dijinakkan oleh Porntip Buranapras dari Thailand 21-16, 14-21, 7-21 manakala Ong Jian Guo/Chong Sook Chin kalah 8-21, 21-19 kepada beregu Thailand Sudket Prapakamol/Surale Thoungthonkam.

Pasukan badminton Malaysia di Jakarta menyumbang satu pingat perak menerusi pasukan lelaki manakala pasukan wanita meraih satu pingat gangsa.

Pada Sukan SEA Laos 2009, Malaysia memenangi dua pingat emas menerusi Wong Pei Tty/Chin Eei Hui (beregu wanita) dan pingat emas yang diraih pasukan lelaki selepas 34 tahun dengan menumpaskan pasukan pilihan Indonesia 3-1 dalam perlawanan akhir.

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan