360 Pemain Dijangka Bawa Cabaran Pada Kejohanan Tenis Remaja

Diterbitkan: Rabu, 9 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Kira-kira 360 pemain dijangka membawa cabaran pada Kejohanan Tenis Remaja Antarabangsa Tuanku Syed Putra/Perlis-Milo yang dijadualkan pada Disember ini.

Pengarah kejohanan, Cheng Joo Chong berkata setakat ini, sebanyak 130 pemain dari sembilan negara telah mengesahkan penyertaan pada kejohanan kali ke-31 itu.

Negara-negara yang mengesahkan penyertaan ialah Korea Selatan, Afrika Selatan, Indonesia, Filipina, Turkmenistan, Jepun, Thailand, Singapura dan Amerika Syarikat.

Katanya, kejohanan anjuran kerajaan negeri Perlis dan Persatuan Tenis Perlis itu akan berlangsung selama lima hari bermula 4 Disember di Kompleks Sukan Negeri Perlis.

"Kami berharap jumlah pemain tempatan lebih ramai daripada pemain luar negara. Ini peluang untuk mereka beraksi dengan pemain luar," katanya.

Beliau berharap jumlah pemain tempatan yang mendaftar akan melebihi 200 orang supaya matlamat penyertaan keseluruhan kejohanan remaja berprestij itu mencapai angka 360 orang.

Katanya bagi pemain tempatan, mereka boleh menghantar penyertaan pada beliau sendiri di alamat No 15, Lorong Mengkudu Dua, Taman Bumita, 01000 Kangar, Perlis atau mengemukakan penyertaan melalui emel: jccheng58@hotmail.com serta faks melalui nombor 04-9777388 sebelum 13 Nov.

Cheng berkata mereka juga boleh menelefon nombor 04-9778188 untuk pertanyaan dan mengesahkan penyertaan atau melalui telefon bimbit bernombor 019-4427070.

Kejohanan kategori perseorangan lelaki dan perempuan serta beregu itu akan membabitkan acara peringkat umur bawah 8, 10, 12, 14, 16 dan 18 tahun.

Beberapa pemain kebangsaan telah dilahirkan melalui kejohanan yang diperkenalkan sejak 31 tahun lalu itu termasuk pemain dua beradik, Andy Cheng dan Alfie Cheng serta Afizal Abu Othman. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan