Skuad Badminton Orang Pekak Kebangsaan Sedia Pertahan Pingat Emas

Diterbitkan: Khamis, 27 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Skuad badminton orang pekak Malaysia bertekad mempertahankan pingat emas yang diraih di Jerman empat tahun lepas selain menambah kutipan pingat pada Kejohanan Badminton Orang Pekak Sedunia di Bucheon, Korea Selatan bermula hujung minggu ini.

Malaysia menurunkan pasangan beregu Teh Cheang Hock dan Yeo Kok Fang, yang menyumbang pingat emas tunggal negara pada edisi kedua kejohanan itu di Jerman pada 2007, untuk pertahankan pingat berkenaan pada edisi ketiga kejohanan 29 Okt hingga 5 Nov ini.

Teh dan Yeo merupakan beregu di barisan keempat dunia, dan Teh juga akan turun beraksi dalam acara perseorangan pada kejohanan tersebut.

Pengurus pasukan Mohd Iqbal Yusoff berkata harapan memungut pingat emas disandarkan kepada Teh dalam acara perseorangan, yang kini berada di kedudukan kedua dunia, selain mengekalkan emas dalam acara beregu.

Mohd Iqbal yang juga jurulatih badminton pekak kebangsaan memberitahu Bernama, dua pemain tersebut giat menjalani latihan di Dewan Badminton Kampung Pandan sejak beberapa bulan lepas bagi bersaing di kejohanan empat tahun sekali itu.

"Latihan yang diberikan sudah cukup dan paling menggembirakan saya, kedua-dua pemain tersebut bebas daripada sebarang kecederaan untuk ke kejohanan tersebut," katanya.

Mohd Iqbal berkata Teh berpotensi memperolehi emas berdasarkan prestasi semasa dan juga iltizam beliau ketika menjalani latihan.

"Sekiranya dapat meneruskan rentak tersebut, saya yakin kita boleh menggondol emas," katanya.

Ditanya mengenai saingan hebat negara pada kejohanan tersebut, Mohd Iqbal melihat pasukan tuan rumah dan India boleh mengugat cabaran negara untuk memperolehi pingat.

"Permainan beregu Korea ketika di gelanggang cukup pantas dan diakui mereka mempamerkan rentak cemerlang pada kejohanan edisi lepas.

"India juga boleh memberi cabaran kepada perseorangan lelaki kita berdasarkan peningkatan permainan ditunjukkan oleh pemain mereka pada beberapa kejohanan sebelum ini," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan