Chong Wei Mara Ke Suku Akhir Terbuka Denmark

Diterbitkan: Jumaat, 21 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei melangkah ke perlawanan suku akhir perseorangan lelaki kejohanan Terbuka Denmark yang diadakan di Odense, Denmark, Jumaat.

Pemain utama Malaysia yang juga pilihan utama kejohanan itu mengalahkan pemain dari India, Anand Pawar 21-14, 21-13 dalam masa 30 minit pada perlawanan yang berlangsung awal pagi Jumaat.

Chong Wei, yang memburu kejuaraan keenam tahun ini, akan bertemu pemain nombor enam dunia Chen Jin dari China.

Dalam perlawanan beregu lelaki, pasangan negara, Hoon Thien How dan Tan Wee Kiong turut mara ke pusingan seterusnya selepas mengalahkan pasangan Indonesia, Alvent Yulianto Chandra/Hendra Aprida Gunawan 21-18, 21-17.

Beregu utama Malaysia, Koo Kien Keat and Tan Boon Heong menerima nasib malang apabila terkeluar lebih awal pada pusingan pertama kejohanan pada Rabu selepas kalah kepada pasangan Korea Selatan, Cho Gun Woo/Kwon Yi Goo 21-15, 15-21, 12-21.

Beregu wanita negara, Chong Sook Chin/Goh Liu Ying pula tewas kepada pasangan Belanda, Lotte Jonathans/Paulien Van Dooremalen 18-21, 14-21 manakala rakan sepasukan Chan Peng Soon/Goh Liu Ying kalah kepada beregu utama China, Zhang Nan/Zhao Yunlei 21-16, 21-15. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan