Terengganu Dapat Sentuhan Jurulatih Badminton Indonesia

Diterbitkan: Selasa, 4 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Terengganu mengimport jurulatih badminton profesional dari Indonesia, Sunarno Martotiyoso untuk membimbing dan melahirkan pemain berkualiti dan bertaraf dunia dari negeri itu pada masa depan.

Pengarah Majlis Sukan Negeri (MSN) Zainal Abidin Hussin berkata jurulatih itu tiba di Terengganu pada 7 September lalu dan tugasan pertama beliau ialah melatih atlet badminton Sukma 2012.

"Kita harapkan Terengganu memperoleh pingat pada sukan itu nanti," katanya.

Zainal Abidin berkata Terengganu belum pernah memenangi sebarang pingat di Sukma dalam acara badminton sebelum ini.

Beliau berkata jurulatih kelahiran Durikosampi Cengkareng, Jakarta Barat itu akan ditempatkan di Sekolah Sukan Bukit Nenas (SSBN) Setiu.

Zainal Abdin berkata MSN dengan kerjasama Majlis Sukan Sekolah-sekolah Terengganu (MSST) dan Persatuan Badminton Terengganu (PBT) akan mengadakan program memilih bakat baru sukan badminton mulai 10 Oktober ini.

Beliau berkata tumpuan utama dalam pemilihan itu adalah pemain berumur sembilan dan 14 tahun lelaki dan wanita sebagai persediaan Sukma 2012 dan seterusnya.

Program itu akan bermula di daerah Setiu diikuti Marang, Kemaman, Besut, Kuala Terengganu, Kuala Berang dan Dungun dengan seramai 16 peserta dipilih untuk mengikuti latihan intensif di setiap pusat.

Zainal Abidin berkata seramai 20 atlet lelaki dan wanita terbaik daripada pusat-pusat latihan itu akan dibimbing Sunarno di SSBN bagi persediaan menghadapi Sukma 2012.

Sebelum berkhidmat di Terengganu, Sunarno pernah menjadi jurulatih beberapa pasukan di Indonesia dan Brunei Darussalam.-BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan