Khe Wei-Vivian Hoo Raih Gelaran Pertama

Diterbitkan: Isnin, 3 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BEREGU kedua wanita negara Woon Khe Wei-Vivian Hoo memberi harapan baru kepada dunia badminton tanah air apabila berjaya meraih gelaran pertama dengan menjuarai GP Emas Terbuka Indonesia di Kalimantan, Ahad.

Khe Wei-Vivian menewaskan pasangan China, Yixin Bao-Zhong Qianxin 19-21, 21-19, 21-18 dalam masa satu jam 15 minit sekali gus membawa balik hadiah kemenangan bernilai RM30,241 (AS$9,480).

Kemenangan ini amat bermakna kepada mereka, lebih-lebih pasangan China itu baru sahaja menjulang gelaran juara pada Terbuka Jepun bulan lalu.

“Kami sangat gembira dengan kemenangan pertama ini dan ia juga merupakan kejayaan pertama menewaskan pasangan dari China. Kami telah menjalani latihan rapi untuk meningkatkan lagi prestasi kami.

“Harapnya kami dapat mengekalkan rentak ini dan akan cuba untuk layak beraksi pada Sukan olimpik tahun depan,” katanya.

Khe Wei-Vivian Hoo kini menduduki tangga ke-60 dunia. Kejayaan ini juga memberi harapan baru untuk kontinjen negara meraih emas pada Sukan Sea di Jakarta November ini.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan