Tenis: Nishikori Muncul Wakil Tunggal Asia Di Separuh Akhir

Diterbitkan: Jumaat, 30 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain muda Kei Nishikori menjadi pemain tunggal Asia yang layak ke peringkat separuh akhir Kejohanan Tenis ATP Terbuka Malaysia 2011 di Stadium Putra, Bukit Jalil, di sini, pada Jumaat.

Pemain Jepun berusia 21 tahun itu melakukan kejutan besar pada perlawanan suku akhir apabila menyingkirkan pilihan utama Nicolas Almagro dari Sepanyol 6(5)-7, 6-4, 6-4 dalam masa dua jam 14 minit.

Pencapaian mengejutkan itu menjadikan Nishikori sebagai pemain pertama Asia menempah tiket ke separuh akhir semenjak kejohanan itu diperkenalkan pada 2009.

"Saya sungguh bangga dengan corak permainan. Almagro merupakan pemain nombor 11 dunia dan lawan yang sukar tetapi saya tidak banyak memikirkan selepas kalah set pembukaan. Bagaimanapun, saya mengingatkan diri supaya terus berjuang," kata Nishikori, pemain nombor 54 dunia itu.

Nishikori akan menentang pilihan ketiga Janko Tipsarevic dari Serbia pada saingan separuh akhir. Tipsarevic menempah tiket ke separuh akhir selepas juara edisi 2009, Nikolay Davydenko dari Russia menarik diri.

Davydenko, pemain pilihan kelima, berundur akibat kecederaan pinggul pada set pertama selepas ketinggalan 1-3.

Selain Nishikori, seorang lagi pemain wildcard, Marcos Baghdatis dari Cyprus turut mencipta kejutan apabila mengecewakan pilihan keempat Jurgen Melzer dari Austria, 6-3, 7-6 (3).

Baghdatis, bekas pemain nombor lapan dunia, akan berdepan dengan pilihan kedua Victor Troicki dari Serbia pada saingan separuh akhir pada Sabtu. -- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan